PENGARAH drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah (KAKDB), Osman Ali tampil menjelaskan mengenai penyebaran video memperlihatkan pelakon Aliff Aziz sedang berhibur di sebuah kelab malam, baru-baru. Menjawab spekulasi mengenai video tersebut, Osman, 50, berkata rakaman itu diambil semasa Aliff sedang menjalani penggambaran untuk satu babak dalam drama berkenaan. Osman bagaimanapun memberitahu dia tidak mengenali wanita yang dilihat turut bersama Aliff dalam rakaman tular itu. Osman tidak mahu beri perhatian lebih dengan video itu "Memang dua, tiga hari ini kami ada penggambaran di kawasan kelab malam sebab watak yang dibawa oleh Aliff ialah seorang playboy yang memerlukan ramai pelakon wanita. "Sebab terlampau banyak pelakon tambahan yang ada di set penggambaran, jadi saya pun tidak pasti siapa wanita itu. "Waktu itu juga ada dua team yang buat penggambaran, satu di kelab malam dan satu lagi di sebuah rumah yang melibatkan pelakon lain," katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin. Sementara itu, pengarah filem Ombak Rindu ini memberitahu dia tidak mengambil serius mengenai video itu kerana rakaman tidak jelas dan dirakam secara curi-curi. ARTIKEL BERKAITAN: Wah hebat nampak? Ini video mirip Aliff Aziz! Shooting ke tu? ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz anggap teguran Allah susulan tular video kelab malam... Rakan artis Shahidan Izwan dedah cerita sebenar! "Saya tak beri perhatian sangat sebab rakaman macam kabur. Mungkin wanita itu ialah pelakon tambahan sebab saya tak dapat cam (kesan) muka dia," ujarnya. Ditanya adakah penyebaran video itu merupakan salah satu strategi mempromosikan drama yang bakal bersiaran hujung bulan ini, Osman memberitahu perkara itu tidak pernah difikirkan oleh produksinya. Malah, dia mendakwa video yang tersebar itu dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab dan meminta orang ramai untuk tidak memberi tanggapan negatif kepada pelakon dan dramanya itu. Video Aliff Aziz bersama dengan seorang wanita di kelab malam tular "Saya tak guna cara macam itu untuk promosikan drama. Kita tak nak orang cakap benda yang tidak baik tentang kita. Ia bukan benda negatif sebab tengah bekerja dan jalankan tanggungjawab sebagai produksi. "Kita tak tahu apa tujuan orang yang sebar video itu sama ada disengajakan atau sebaliknya. Mungkin ada pihak tak bertanggungjawab muat naik video itu tanpa niat tetapi tiba-tiba jadi isu pula," ujarnya lagi. Pada Ahad, mStar menerima rakaman Aliff bersama wanita yang dipercayai diambil di dalam sebuah kelab malam terkenal di ibu negara sekitar pukul 5 pagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI