suria

Siti Elizad syukur dikurniakan suami penyayang meski 8 tahun tanpa zuriat…”Lelaki ini tak pernah gagal gembirakan saya”

Elizad bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang penyabar.

SEMPENA ulang tahun perkahwinan yang kelapan, pelakon Siti Elizad meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang penyabar.

Kata Elizad atau Siti Elizad Mohd Sharifuddin, 38, dia cukup bertuah kerana memiliki suami yang mampu memberikan kebahagiaan meskipun mereka belum dikurniakan cahaya mata.

"Allah temukan dia insan paling tenang dan sabar. Terima kasih ya Allah untuk semua ini.

elizad1 - 1

Elizad bersyukur ditemukan dengan suaminya.

"Mungkin belum ada rezeki lagi untuk rasa kemeriahan suara anak-anak di rumah tapi lelaki ini adalah orang yang tak pernah gagal buat saya gembira. Sayang awak hingga ke syurga," katanya menerusi Instastory.

Bersama status itu dia turut memuat naik foto selfie bersama suami.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Elizad 'tarik nafas' tengok gambar-gambar lama, akui bukan mudah istiqamah tutup aurat

ARTIKEL BERKAITAN: Pemanggil radio kata 'kasihan' belum ada anak, Siti Elizad tak ambil hati... "Saya percaya dia tiada apa-apa niat"

Dalam perkongsian yang lain, Elizad juga berharap agar soalan mengenai anak tidak ditanya lagi kerana ia akan melukakan hatinya.

"Jangan ditanya soalan yang menjadi rahsia Allah kerana ia akan menggores hati seseorang. Bersabar dengan ujian Allah dan reda dengan ketentuan Allah," katanya.

Sementara itu, Elizad juga berharap agar hubungan perkahwinan mereka itu dirahmati Allah SWT.

"Semoga Allah membimbing kami ke jalan yang benar dan bantu kami buat keputusan yang betul, sentiasa ikuti ajaran al-Quran dan jadikan hidup kami aman dan tenang.

"Semoga Allah merahmati perkahwinan kami dan selamatkan kami," ujarnya.

elizad2 - 1

Elizad berharap tidak lagi ditanya soalan tentang anak.

Untuk rekod, Elizad mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin pada 11 Januari 2015.

Pasangan ini juga pernah menjalani rawatan kesuburan in vitro fertilization (IVF) untuk mendapatkan zuriat namun mengalami keguguran selepas seminggu disahkan hamil.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain