KERINDUAN peminat terhadap Muhammad Bilal terubat apabila pengacara Noor Neelofa berkongsi perkembangan terkini anaknya itu di laman Instagram. Menerusi muat naik terbaharu, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 34, berkongsi video memperlihatkan Bilal semakin aktif dan sudah boleh berjalan tanpa bimbingan meskipun belum berusia setahun. "MashaAllah, SubhanAllah. Ini dunia Bilal, saya hanya tinggal di dalamnya," kata Neelofa menerusi Instagramnya. Gelagat Bilal di taman permainan indoor buat warganet geram. Dalam video yang dikongsikan Neelofa itu, dapat dilihat Bilal sedang seronok bermain di taman permainan indoor di sebuah pusat beli belah. Bilal dilihat tidak takut dengan keadaan sekeliling dan berani mencuba semua permainan di situ. Sehubungan itu, rata-rata netizen teruja dan seronok melihat gelagat Bilal serta tidak menyangka kanak-kanak berkenaan sudah boleh berjalan. ARTIKEL BERKAITAN: Comel! Neelofa akhirnya dedah wajah penuh Bilal... “Cinta teragung Ummi” ARTIKEL BERKAITAN: Ini ke anak Neelofa? Peminat berjaya rakam wajah dipercayai Bilal ketika hadir ke klinik Malah ada yang memberitahu dia mendengar Bilal sudah pandai memanggil ibunya dengan nama ummi. "Sekejapnya Bilal dah pandai jalan, mulutnya bising ya. Kalau tak jadi pengacara mesti jadi penceramah nanti. "MashaAllah, peha Bilal geramnya tengok. Belum setahun dah pandai jalan ya. "Comelnya Bilal, part last Bilal panggi Ummi... Miiii," antara komen netizen. Peminat minta Neelofa kerap kongsi gelagat Bilal. Sebelum ini, Neelofa memilih untuk tidak berkongsi wajah Bilal bagi mengelak penyakit ain selain mahu anaknya itu menjalani kehidupan normal seperti orang lain. Tindakan Neelofa menyembunyikan Bilal bagaimanapun menimbulkan perasaan kurang senang warganet sehingga dia dan PU Riz berdepan pelbagai kritikan. Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Pu Riz atau Muhammad Harris Ismail pada 27 Mac 2021. Mereka dikurniakan cahaya mata sulung diberi nama Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI