suria

Mawar Rashid bakal timang anak perempuan, teruja menanti hari kelahiran cahaya mata ketiga

Mawar Rashid dan suami teruja bakal timang anak perempuan lagi.

MEMBILANG hari menimang cahaya mata ketiga, pelakon Mawar Rashid mengadakan majlis gender reveal bagi mendedahkan jantina bayinya itu.

Mawar atau Wan Mawar Sahputri Wan Abdul Rashid, 28, memaklumkan dia bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.

"Siapa teka betul?" katanya menerusi Instagram pada Sabtu.

Mawar Rashid bersama empat orang anak-anaknya.

Menerusi video tersebut, anak-anak pelakon berkenaan turut bersorak teruja apabila mengetahui jantina adik bongsu yang bakal dilahirkan itu.

Malah suaminya iaitu Raf Yaakob juga dilihat teruja dengan berita tersebut.

Sehubungan itu, rata-rata warganet mengucapkan tahniah selain turut teruja dengan pengumuman tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Rashid hamil anak ketiga, alami alahan teruk sampai terpaksa berkurung dalam bilik

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen tegur loghat Thailand Mawar Rashid nampak tak ori... Siap tuduh guna Google sebelum cakap!

"Dah agak dah anak perempuan, tahniah. Seronok tengok keluarga Mawar ini bahagia saja.

"Semoga dipermudahkan urusan Mawar bersalin nanti, comel reaksi anak-anak," antara komen netizen.

Pada September tahun lalu, Mawar mengumumkan dirinya sudah hamil lima bulan.

320911072_224515973318028_397121157889326176_n

Mawar Rashid bersama suami, Raf Yaakob.

Katanya, kehamilan ketiga ini agak mencabar kerana dia mengalami alahan teruk sehingga dikejarkan ke hospital.

Untuk rekod, Mawar berkahwin dengan Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob pada 9 November 2017.

Pasangan ini dikurniakan dua anak iaitu Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain