suria

Tak berkira demi ibu, Chef Wan berhabis RM350,000 untuk rawatan Cik Ani... Bahagia dapat jaga arwah dengan baik

Chef Wan ingin lakukan sehabis baik buat ibunya.

DEMI ibu tercinta, cef selebriti Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan membelanjakan wang sebanyak RM350,000 untuk tujuan perubatan Cik Ani atau Noraini Abdullah.

Menurut Chef Wan, 64, sepanjang tempoh rawatan itu dia berjimat dalam perbelanjaan dan tidak membazirkan wang untuk perkara yang tidak perlu.

"Beberapa tahun lalu, saya memperuntukkan kira-kira RM350,000 untuk perbelanjaan perubatan ibu saya bagi perjalanan terakhirnya.

cw1 - 1

Chef Wan gembira dapat menjaga ibu sehingga ke akhir hayatnya.

"Saya telah membuat perancangan selama ini dan tidak mahu membazirkan wang untuk sesuatu yang lain," katanya.

Chef Wan berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Jumaat.

Pada Khamis, ibunya menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.20 pagi di Hospital Gleneagles, Ampang, Kuala Lumpur akibat kanser dan beberapa komplikasi penyakit.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Chef Wan meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor nasihat Chef Wan perlu berehat, jangan terlalu khuatir keadaan ibu

Dalam pada itu, Chef Wan turut menitip pesan kepada orang ramai supaya bersedia daripada sudut kewangan jika ingin memberikan rawatan terbaik buat ibu bapa mereka.

"Jika ingin memberikan ibu bapa anda rawatan perubatan yang terbaik, anda mesti mula menyediakan dana ini atau membeli insurans perubatan buat mereka secepat mungkin," ujarnya.

cw2 - 1

Cik Ani dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cyber 10, Cyberjaya.

Meskipun berat menerima pemergian ibunya itu, Chef Wan reda dengan takdir itu dan bersyukur kerana dapat menjaga Cik Ani sehingga ke akhir hayatnya.

"Setiap kali saya bersedih, saya pasti akan memikirkan masa-masa indah bersama ibu yang sentiasa dapat membuatkannya ketawa dan gembira.

"Alhamdulillah, itu adalah ubat kesedihan saya. Tiada apa-apa pun rasa kesalan malah saya bangga dan bahagia kerana dapat menjaganya dengan baik," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain