suria

[V] “Nikmat dia lain dik!” - Aliff Syukri pernah berangan kahwin dua, tapi batal niat sebab takut bini

Aliff hanya mahu dijaga oleh isterinya, Shahida.

MAHU merasai nikmat sebenar alam perkahwinan, usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan dia pernah memasang impian untuk memiliki dua isteri.

Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman, 36, bagaimanapun berkata dia terpaksa membatalkan hasrat itu kerana enggan memikirkan cabaran yang bakal dilalui kelak.

Malah, dia juga takut dan bimbang jika tindakannya berkahwin lagi hanya akan mengundang kemarahan isteri iaitu Datin Seri Nur Shahidah Mohd Rashid.

aliff2 - 1

Aliff bersama isteri dan anak-anak.

"Saya pernah terfikir (kahwin lagi) sebab nikmat lain dik. Kadang-kadang kita makan ikan kembung, kadang-kadang kita makan ikan siakap. Sebab nikmat dan belaian lain. Yang tua lain, yang muda lain.

"Tapi saya percaya satu benda, saya tak sanggup pening. Bukanlah kata tak boleh, kalau ada rezeki dan jodoh kita tak boleh nak halang. Niat tu ada, tapi saya takut bini," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri tayang badan sado... patut lama hilang, rupanya sembunyi di gim

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri minta dibicarakan, mengaku tak bersalah muat naik video sumbang di Instagram

Aliff berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis Anugerah Nona Superwomen 2022 di M Resort & Hotel, Bukit Kiara, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

Dalam pada itu, Aliff meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang isteri yang boleh menerima kekurangan dirinya.

Saya pernah terfikir (kahwin lagi) sebab nikmat lain dik. Kadang-kadang kita makan ikan kembung, kadang-kadang kita makan ikan siakap. Sebab nikmat dan belaian lain.

ALIFF SYUKRI

USAHAWAN KOSMETIK

Malah, Alif berkata dia tidak mungkin berkahwin lain sekiranya isterinya itu meninggal dunia.

"Sejujurnya saya hanya mahu isteri saya yang menjaga saya. Kalaulah isteri saya meninggal dunia, mungkin saya tidak akan berkahwin lagi.

"Sebab saya rasa dia adalah isteri yang boleh menerima kekurangan saya kerana saya seorang yang agak sukar untuk dijaga. Saya terlalu banyak kekurangan dan saya rasa tidak ada wanita yang sempurna seperti isteri saya," ujarnya.

Untuk rekod, Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah.

Pasangan ini turut menantikan kelahiran cahaya mata keenam tidak lama lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain