suria

[V] Wanita tidak dikenali cuba ‘pancing’ Aeril Zafrel guna mesej dan foto seksi, dipercayai taktik scammer ugut minta duit

BUKAN perkara pelik jika selebriti lelaki menerima gangguan dan godaan daripada wanita tidak dikenali di media sosial.

Hal itu turut terjadi kepada pelakon Aeril Zafrel yang pernah menerima mesej termasuklah foto lucah daripada individu tidak dikenali.

Perkara itu didedahkan oleh isterinya iaitu Wawa Zainal, 32, yang mengakui Aeril turut berdepan cubaan daripada wanita yang mahu mengganggu hubungan rumah tangga mereka.

wawa2 - 1

Wawa mendedahkan suaminya pernah menerima gambar seksi di media sosial.

"Mestilah ada (wanita cuba menganggu rumah tangga). Ada juga yang DM (direct message) dia kan.

"Ada perempuan yang hantar gambar seksi tetapi Aeril cepat-cepat delete," katanya kepada mStar.

Wawa ditemui di Anugerah Nona Superwomen 2022 yang diadakan di M Hotel & Resort, Bukit Kiara, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wawa Zainal rasa macam hilang nyawa, badan menggigil susah bernafas... "Taubat tak nak minum dah"

ARTIKEL BERKAITAN: Kasar netizen tegur isu anak Wawa Zainal bawa watak 'Wednesday'... siap tentukan syurga dan neraka

Sementara itu, Aeril, 35, tidak menolak kemungkinan individu yang menghantar mesej atau gambar tidak senonoh itu merupakan penipu atau scammer yang cuba memerangkap mangsa untuk tujuan ugutan.

"Saya rasa orang yang hantar benda-benda tu dia adalah scammer. Mungkin dia nak kita hantar benda yang sama lepas tu dia nak viral gambar kita.

Ada perempuan yang hantar gambar seksi tetapi Aeril cepat-cepat delete.

WAWA ZAINAL

PELAKON

"Waktu itulah dia nak scam minta duit. Kalau kita tak bagi, dia ugut nak sebarkan pula. Sebab tu saya rasa banyak kes yang berlaku sekarang disebabkan oleh scammer yang tidak bertanggungjawab," ujarnya.

Dalam pada itu, Aeril dan Wawa meluahkan rasa syukur apabila diangkat menjadi pasangan contoh tanpa sebarang kontroversi.

"Saya rasa bila orang menjadikan kami sebagai contoh, ia adalah salah satu perkara yang positif untuk hubungan kami.

wawa1 - 1

Aeril dan Wawa dijadikan pasangan contoh tanpa kontroversi.

"Namun, ia juga satu peringatan bagi saya dan Wawa untuk sentiasa berhati-hati kerana bila sudah dilabel sebagai pasangan contoh, jadi kami perlu lebih menjaga hubungan ini dengan baik," katanya.

Untuk rekod, Aeril atau nama sebenar Suhairul Sunari, 34, berkahwin dengan Wawa pada tahun 2013.

Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, 10, Hayla Maghfiratul Adzikyaa, 7, Ayya Sofia, 3, dan Muhammad Fahri, 2.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain