suria

Shaza Bae enggan terikat, mahu bebas urus karier seni… Teringin berlakon di semua stesen TV

Shaza kini menguruskan sendiri urusan kerjaya lakonan.

SELEPAS dua tahun bernaung di bawah syarikat pengurusan, pelakon Shaza Bae akhirnya memilih untuk bergerak sendiri.

Shaza atau nama sebenarnya Shaza Nuriman Muhamad Zamri, 28, berkata dia lebih selesa menguruskan karier sendiri tanpa membabitkan mana-mana pengurusan artis.

Menurut juara Dewi Remaja 2019/2020 ini, dia membuat keputusan untuk tidak berada di bawah syarikat pengurusan kerana lebih bebas memilih tawaran lakonan.

shaza1 - 1

Shaza ingin meluaskan lagi bakat lakonannya.

"Buat masa ini saya rasa saya lebih selesa untuk bergerak sendiri kerana tidak mahu terikat dengan mana-mana syarikat pengurusan.

"Sebelum ini pun banyak penerbit terus cari saya untuk tawaran drama, jadi insyaAllah selepas ini apa-apa sahaja tawaran kerja boleh deal dengan saya atau pun PA saya," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Berkerusi roda masuk set penggambaran, Shaza Bae dedah derita migrain dan vertigo sejak remaja

ARTIKEL BERKAITAN: Shaza Bae pasrah didukung Nadhir Nasar, rasa kelakar baca komen kecaman netizen

Dalam pada itu, Shaza juga memberitahu dia ingin meluaskan bakat lakonannya dan berharap dapat bekerjasama dengan semua stesen televisyen (TV) tempatan.

Memandangkan sebelum ini wajahnya hanya sering dilihat di salah satu stesen TV, ada menyangka dia diuruskan oleh stesen berkenaan sahaja.

"Saya bersyukur dengan tawaran-tawaran drama yang diterima.

Buat masa ini saya rasa saya lebih selesa untuk bergerak sendiri kerana tidak mahu terikat dengan mana-mana syarikat pengurusan.

SHAZA BAE

PELAKON

"Namun, saya juga teringin bekerjasama dengan stesen TV yang lain kerana mungkin ada yang menganggap saya hanya dipegang oleh satu stesen TV sahaja," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Shaza juga telah dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Telenovela Terbaik menerusi drama Jangan Ganggu Jodohku di Anugerah Telenovela ke-8.

Bagaimanapun, Shaza agak terkilan kerana tidak dapat menghadiri Malam Gala anugerah tersebut kerana bakal menunaikan umrah.

shaza2 - 1

Shaza kini bergerak sendiri tanpa pihak pengurusan.

"Saya bersyukur dengan pencalonan yang diterima dan rasa terharu kerana watak yang dibawa menerusi drama itu sangat mencabar.

"Tambah pula ia merupakan drama pertama saya sebagai watak utama.

"Tapi saya agak sedih kerana tidak dapat hadir disebabkan sewaktu anugerah tersebut diadakan, pada ketika itu saya sedang menjalani ibadah umrah," katanya.

Untuk rekod, Shaza juga pernah membintangi beberapa drama popular termasuk Perempuan Tanpa Dosa, Marry Me Senorita, Ulya & Dini, dan Nikah, Cerai, Rujuk.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain