suria

Finas minta alih kenderaan serta-merta, Seniman pula kata keputusan CEO bersifat peribadi 

Seniman yakin kelulusan diberi oleh Pengurusan Tertinggi Finas dahulu berdasarkan pertimbangan yang wajar.

PERSATUAN Seniman Malaysia (Seniman) menyifatkan tindakan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Prof Dr Md Nasir Ibrahim yang mengarahkan kenderaan milik badan itu dialihkan ke tempat lain sebagai tidak wajar.

Seniman dalam satu kenyataan berpendapat, arahan serta merta yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Prof Dr Md Nasir Ibrahim itu bersifat peribadi ekoran satu teguran yang berbangkit terhadap perbadanan itu baru-baru ini.

"Arahan yang tergesa-gesa menyebabkan Seniman boleh membuatkan tanggapan bahawa arahan yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Finas menjurus kepada penzahiran rasa tidak puas hati kepada kenyataan media atau teguran Seniman terhadap Finas baru-baru ini.

"Ia berkaitan isu kerja lebih masa melibatkan penggiat industri yang dipandang enteng oleh Ketua Pegawai Eksekutif Finas," kata kenyataan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Prof Dr Md Nasir Ibrahim.

Menerusi surat yang dihantar kepada Seniman, pihak Finas meminta kenderaan itu mengalihkan kenderaan tersebut dengan kadar segera pada atau selewat-lewatnya 18 Januari 2023.

Finas memberikan alasan ruangan parkir yang terhad di Finas khususnya ketika majlis rasmi dan mesyuarat yang melibatkan pihak ketiga.

Kenderaan itu ketika ini ditempatkan di satu sudut di belakang bangunan asrama@blok berdekatan kafe Finas.

ARTIKEL BERKAITAN: Zed Zaidi tolak bertanding PRU15, tugas presiden Seniman pun dah cukup ‘pening’

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau tak mungkin ke Penjara Sungai Buloh” - Selepas 2 tahun, Zed Zaidi dedah bebas tuduhan sebar berita palsu

Dalam pada itu, Seniman menjelaskan kenderaan tersebut diparkir di premis tersebut sejak 2018 atas ihsan serta kelulusan Ketua Pengarah Finas terdahulu.

Seniman juga menegaskan satu ruang parkir kenderaan itu juga tidak mungkin akan mencacatkan program atau majlis rasmi mahupun mesyuarat yang diadakan di Finas.

"Jika benar sekalipun, arahan untuk mengalihkan kenderaan Seniman perlulah dibuat dengan timbang tara iaitu memberi tempoh masa, meminta maklum balas atau jawapan bertulis Seniman serta mengikut lunas-lunas yang sesuai.

413513535

Kenderaan milik Seniman itu ditempatkan di premis Finas sejak tahun 2018.

"Ini memandangkan kenderaan tersebut sudah empat tahun diletakkan di Finas dan tidak menimbulkan masalah kepada kedua-dua belah pihak," jelas kenyataan itu lagi.

Kata Seniman, kenderaan itu digunakan untuk pelbagai acara bagi membawa ahli veteran atau artis menghadiri apa-apa program serta jemputan tanpa mengenakan sebarang bayaran.

"Malah kenderaan itu juga digunakan untuk pelbagai tujuan dan ada digunakan menjemput artis veteran Singapura bagi program anjuran Finas dari tahun 2018 sehingga 2019 iaitu FFM29 dan FFM30 dalam program khas dipanggil imbas kembali dan layar bintang," kata kenyataan itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain