suria

[V] “Saya bermain dengan jiwa dan minat” - Nadhir Nasar bukan pesaing Meerqeen, ada cara tersendiri bina nama sebagai pelakon 

SEBAGAI bekas juara Hero Remaja 2020, pelakon Nadhir Nasar tidak pernah melihat sahabatnya iaitu Meerqeen sebagai saingan untuk membina nama dalam industri seni tempatan.

Nadhir atau Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 26, sebaliknya berkata, mereka berdua adalah dua individu berbeza yang mempunyai perancangan berlainan dalam mencapai minat dan misi masing-masing sebagai pelapis dalam industri seni tempatan.

"Saya tak nampak dia sebagai pesaing saya. Kami berdua buat benda yang berlainan. Saya pun tak rasa dia anggap saya sebagai pesaing.

"Malah sebelum ini kamu juga pernah menjalani penggambaran di Korea sama-sama," katanya kepada mStar.

309269413_166801502679495_4671902798820400182_n

Nadhir tak anggap Meerqeen sebagai saingan.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Nadhir memberitahu dia lebih gemar menumpukan kepada sesuatu yang kena dengan minatnya berbanding perkara lain yang tidak ada kaitan dengan dirinya.

Dia juga gembira melihat rezeki Meerqeen yang cukup murah dalam bidang lakonan sehingga berjaya meloloskan diri ke negara jiran, Indonesia.

"Agak susah nak cakap fasal ini untuk kami, kerana masing-masing ada perbezaan. Ke mana kami nak pergi pun dah berlainan

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat patah hati Nadhir Nasar puji kecantikan wanita di laman sosial, belum sedia kongsi kisah peribadi

ARTIKEL BERKAITAN: Pemain Squid Game nombor 067 ini dikatakan ada ‘kembar’ pelakon Malaysia, Nadhir Nasar reda saja - “Mungkin sebab rambut dan muka tak senyum tu”

"Bagi saya itu adalah rezeki masing-masing. Saya ada benda yang saya nak buat dan dia pula ada benda yang dibuat. Itu bahagian dia, saya bukan orang yang ke arah situ, saya lain saya bermain dengan jiwa dan minat," katanya lagi.

Dalam pada itu, Nadhir juga memberitahu bahawa dia kini sedang cuba meneroka aktiviti di sebalik tabir selepas percubaan pertamanya sebagai pengarah filem pendek bertajuk, Villa Rosli.

Nadhir berkata filem pendek tersebut berjaya tercalon sebagai 10 karya terbaik di acara BMW Shorties 2022.

312241723_142669245163126_2940778356981134904_n

Nadhir minat dengan aktiviti di belakang kamera.

"Saya memang minat kegiatan di belakang kamera tapi rezeki saya di depan kamera yang mana saya pun berminat juga. Bagi saya itu satu permulaan yang baharu untuk saya.

"Saya tak tahu apa yang terjadi 10 tahun akan datang, mungkin saya akan berlakon atau mengarah filem atau kedua-duanya sekali.

"Saya nampak ramai yang buat dua-dua sekali jadi kenapa tidak saya. Apa yang saya minat saya akan buat sahaja. Pada usia sekarang yang masih muda ini lebih baik cuba sesuatu yang baharu. Tiada apa yang patut ditakutkan," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain