suria

“Penipulah tak ada rasa cemburu” - Zarina Zainuddin ambil masa berbelas tahun ambil hati madu, nasihat wanita jangan ‘curi’ suami orang 

Zarina akui bukan mudah untuk hidup bermadu.

SEBAGAI seorang yang bergelar isteri kedua, pelakon Zarina Zainuddin memberitahu dia sendiri mengambil masa belasan tahun untuk memahami perasaan madunya.

Zarina atau Nur Zarina Mohd Zainuddin, 53, berkata, tidak mudah hidup bermadu kerana masing-masing sentiasa berperang dengan perasaan sendiri.

"Penipulah tak ada rasa cemburu, sakit hati, makan hati semua 'rempah' ratus tu, kau kena lalui dulu. Gaduh-gaduh dulu ingat senang ke nak masuk dalam hidup orang? Kita ini orang asing buat mereka.

"Saya sendiri ambil masa berbelas tahun untuk faham isi hati dan cuba selami balik perasaan dia (madu)," katanya.

zz1 - 1

Zarina meninggalkan komen di Instagram Shahrulezad.

Zarina berkongsi perkara itu di ruang komen pengarah Shahrulezad Mohameddin yang memuat naik tentang kisah anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Hamidi iaitu Datuk Nurulhidayah di Instagram miliknya.

Dalam hantaran itu, Hidayah mengakui sepanjang hidup bermadu dia tidak pernah mempunyai rasa cemburu terhadap isteri pertama suami, malah menganggap ia adalah satu rezeki.

ARTIKEL BERKAITAN: "Hidung saya sudah cukup cantik" - Zarina Zainuddin jawab tuduhan buat pembedahan kosmetik

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sedih bertukar lucu... Azal terkentut ketika penggambaran bersama Zarina Zainuddin, alasannya ada 'oksigen dan bakteria'

Bercakap lanjut mengenai poligami, Zarina menasihatkan wanita diluar sana agar tidak memilih jalan itu kerana merasakan bergelar isteri kedua bukan satu perkara mudah.

Kata Zarina, wanita yang berkahwin degnan suami orang sering dipandang rendah oleh masyarakat dan mengakui pada mulanya dia juga melawan namun akur dan belajar untuk menyayangi madunya.

"Kalau boleh janganlah curi laki orang, kau pinjam ke, kau share ke... memang tak best. Yang seronok bila suami sakit, dua-dua berebut bergilir nak jaga.

zz2 - 1

Zarina bersama suaminya, Raihan.

"Saya belajar untuk sayangkan madu saya. Anggap dia macam kakak. Dia marah ke apa ke saya terima.

"Mula-mula saya melawan juga tapi bila saya tengok betul-betul nasib dia, saya jatuh sayang dan berjanji akan bahagiakan dia selagi ada nyawa saya," ujarnya.

Untuk rekod, Zarina mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu sepasang kembar termasuk Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan yang kini berusia 27 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain