suria

Sejak usia 12 tahun Dini Schatzmann jaga penampilan diri, amal diet vegan rahsia kekal sihat

Dini mementingkan penampilan dan kesihatan sejak usia 12 tahun.

PELAKON Dini Schatzmann mendedahkan dia mula menitikberatkan soal kesihatan dan penampilan diri sejak usianya 12 tahun kerana kurang keyakinan diri.

Dini atau Dini Azan Schatzmann, 29, berkata, sewaktu kanak-kanak lain seusianya tidak memikirkan soal penampilan diri, dia mula berasa bimbang dan rendah diri kerana susuk tubuhnya yang berisi ketika itu.

"Ketika umur saya 12 tahun saya memang sudah mementingkan tentang soal kecergasan fizikal sebab masa kecil dahulu saya agak berisi.

"Sepatutnya pada usia itu saya tidak perlu memikirkan soal kecantikan tubuh badan dan penampilan tetapi saya mula rasa rendah diri dan mahu tingkatkan keyakinan," katanya kepada mStar.

dini2 - 1

Dini pernah berbadan agak berisi sewaktu kecil.

Tidak hanya menjaga penampilan dan giat bersenam, Dini mendedahkan dia juga seorang pengamal diet vegan sejak tujuh tahun lalu.

Kata Dini, dia menukar diet itu selepas membuat kajian dan mendapati ia yang terbaik dan paling mudah untuk diamalkan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tak ambil tahu hal Janna Nick, Dini Schatzmann mengelak jawab gosip sudah putus cinta... "Itu kehidupan peribadi dia"

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat rakam Janna Nick dan Dini Schatzmann di Genting Highlands, doa mereka terus kekal bersama

"Apabila saya sudah mula melakukan aktiviti kecergasan dan menjalani gaya hidup lebih baik, saya banyak buat kajian.

"Kemudian saya mengetahui tentang diet vegan dan bagi saya ia agak mudah untuk dilakukan. Saya buat kajian, tengok video dan seterusnya mengambil keputusan untuk menjadi seorang vegan," katanya.

Dalam pada itu, aktor berkenaan memberitahu sejak mengamalkan diet tersebut, badannya berasa lebih ringan dan memudahkan dia melakukan senaman kecergasan walaupun selepas makan.

dini1 - 1

Dini mengamalkan gaya hidup sihat sejak kecil.

"Orang selalu tanya kenapa vegan? You rasa sihat sangat ke? Satu perkara yang boleh saya katakan adalah badan akan rasa lebih ringan.

"Kalau kita makan nasi kandar, lepas makan mesti kita akan rasa mengantuk dan lemah. Nak hadam satu hidangan pun memang ambil masa. Bila saya makan saya kena tunggu satu atau dua jam baru boleh pergi gim.

"Tapi bila saya amal diet ini, dalam masa 10 minit lepas makan saya dah boleh mula bersenam. Badan pun tak rasa berat," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain