suria

Ikan puyu melompat keluar dari akuarium, DJ Lin tak tolak ada cuba hantar ‘barang’ punca sering keluar masuk hospital

Sehingga kini DJ Lin masih belum dapat jawapan sakit sebenar yang dialami.

PENYAMPAI radio Suria FM iaitu DJ Lin tidak menolak sakit yang dialaminya ketika ini berpunca daripada perbuatan sihir individu yang cuba menjatuhkan kerjayanya.

Terbaharu kata DJ Lin atau Roslinda Abdul Majid, 47, dia dimaklumkan ikan puyu peliharaannya di rumah yang melompat keluar daripada akuarium seolah-olah memberi gambaran ada kejadian mistik berlaku kepadanya.

"Orang kata kalau kita bela ikan puyu dan jika da orang yang ingin hantar 'benda' tidak elok akan pergi kepada haiwan itu dulu. Dari apa yang berlaku kepada ikan puyu di rumah memang menggambarkan sesuatu.

dj lin 1

DJ Lin sudah sering sakit sejak 2016.

"Sepanjang empat hari di hospital, sudah tiga kali kejadian sama berlaku. Ikan puyu itu melompat-lompat sehinggakan air dari dalam akuarium terpercik ke lantai. Bukannya sedikit tapi banyak. Bukankah itu petanda sesuatu yang tidak elok?," katanya kepada mStar.

Tidak terkejut dengan keadaan itu, kata DJ Lin dia sudah sering mengalami sakit misteri sejak menang penyampai radio popular Anugerah Bintang Popular (ABPBH) pada tahun 2016.

Meskipun sudah banyak kali mendapat rawatan di hospital, namun doktor sendiri sukar untuk mengesahkan punca sebenar sakit yang dialami.

ARTIKEL BERKAITAN: DJ Lin masuk hospital lagi... kali ini paha kanan tiba-tiba ada benjolan sebesar bola golf, risau kalau petanda awal kanser

ARTIKEL BERKAITAN: “Sakit perut, badan lemah sampai gelap mata” - DJ Lin dimasukkan ke hospital, menunggu keputusan ujian doktor

"Saya tidak terperanjat pun apabila berlaku kejadian pelik begini sebab sudah sering sakit sejak beberapa tahun lalu. Pernah saya di masukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan hampir nak 'pergi', tetapi doktor belum dapat mengesahkan punca sebenar sakit saya ini.

"Doktor juga pernah cakap sakit saya ini jarang berlaku dan mereka ini jadikan sebagai satu bahan kajian. Dalam masa sama saya cuba mendapatkan alternatif perubatan Islam dengan mereka yang pakar dan terbukti boleh merawat," ujarnya.

Saya tidak boleh mengalah. Kalau betul ada yang dengkikan saya, mesti dia gembira kalau melihat saya terus terlantar sakit. Jadi sebab itu saya kena kuat

DJ LIN

PENYAMPAI SURIA FM

Terbaharu DJ Lin dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur sejak Selasa lalu selepas paha kanannya mengalami bengkak secara tiba-tiba.

Dalam keadaan sakit sekalipun DJ Lin yang juga merupakan Pengurus Besar Radio Suria masih menjalankan tugasnya seperti biasa dan terpaksa meminta kakitangan untuk datang berjumpa di hospital bagi membincangkan urusan berkaitan.

dj lin 3

DJ Lin tetap terus kuat demi tugas di Suria FM.

"Saya tidak boleh mengalah. Kalau betul ada yang dengkikan saya, mesti dia gembira kalau melihat saya terus terlantar sakit. Jadi sebab itu saya kena kuat.

"Banyak perancangan yang telah dibuat untuk beberapa bulan akan datang bersama stesen Suria. Saya tidak boleh berehat panjang. Kaki sahaja yang sakit, otak masih boleh berfikir dan mulut boleh bercakap," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain