suria

Azhar Sulaiman terbuka kalau anak hidup bermadu, tapi letak syarat termasuk kena ada ijazah

Azhar sedia terima jika Leona lalui hidup berpoligami.

PELAKON Azhar Sulaiman memberitahu nama anak perempuannya, Kasih Iris Leona sering menjadi bahan usikan netizen yang disebut bakal menjalani isteri kedua sekiranya mendirikan rumah tangga kelak.

Terbuka jika itu adalah ketentuan buat anak kesayangannya itu, Azhar, 52, bagaimanapun meletakkan syarat buat bakal menantu yang ingin memperisterikan Leona suatu hari nanti.

"Ramai yang mengatakan anak saya akan jadi isteri nombor dua atau tiga. Resmi saya senang, terima sesiapa sahaja asalkan ada ijazah dalam pelajaran.

"Pastikan hormat dan jaga maruah anak saya serta keluarga kalau calon itu sudah berkahwin," katanya.

azhar sulaiman 1

Azhar bersama isteri dan anak-anaknya.

Azhar menyenaraikan perkara tersebut dalam satu perkongsian di laman Instgram miliknya pada Jumaat yang turut disertakan dengan gambar Leona.

Akur dengan ketentuan jodoh yang telah ditetapkan, Azhar juga mahu bakal suami Leona itu nanti bijak menguruskan hal keluarga jika menjalani hidup berpoligami supaya kisah mereka tidak menjadi perhatian ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Azhar Sulaiman dituduh main cinta dengan suami orang... Wanita dakwa Leona kikis RM3,000 sebulan

ARTIKEL BERKAITAN: Azhar Sulaiman dedah anak lelaki pun pernah kena lempang, tapi pilih memaaf dan melupakan

Azhar bagaimanapun mendedahkan Leona sebenarnya lebih tertarik kepada lelaki berketurunan Cina apabila ada bertanya sama ada tidak meletakkan syarat lelaki yang boleh membimbing anaknya itu.

"Uruskan hubungan dengan baik dan jangan sampai kecoh satu Malaysia. Akur bahawa ajal dan jodoh itu ditangan Allah.

"Anak saya suka chinese boy. Rasanya dia yang penat nak bimbing kalau terjadi perkahwinan nanti," katanya.

azhar sulaiman 2

Leona lebih tertarik kepada jejaka berbangsa Cina.

Sementara itu, menerusi ruang komen ramai dalam kalangan netizen yang setuju dengan sikap terbuka Azhar dalam soal memilih menantu.

"Insya Allah jodoh anak mami (panggilan Azhar) orang yang baik-baik, beragama, bertanggungjawab dan mampu dari segala segi. Semoga dipermudahkan untuk dia.

"Benda mudah buat apa nak gempar sana-sini. Benda baik kita sokong, benda tak elok kita bantah.

"Kalau dah jodoh tak boleh nak nafikan. Janji dua-dua setuju dan diterima isteri pertama sebab hidup nak sama-sama bahagia. Tapi kalau boleh cari yang single, malam-malam dapat peluk dan tak perlu tunggu giliran," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain