suria

Lagi 2 bulan nak bersalin, Nadia Aqilah masih alami loya teruk - “Saya dah sampai tahap reda”

Nadia Aqilah masih lagi mabuk hamil ketika mengandung tujuh bulan.

PELAKON Nadia Aqilah mendedahkan masih mengalami mabuk kehamilan yang teruk meskipun kandungannya sudah memasuki usia tujuh bulan.

Nadia atau Nadia Aqilah Bajuri, 38, berkata, setiap hari dia akan mengalami rasa loya serta mabuk walaupun sedang menghitung hari untuk bersalin pada akhir Mac depan.

"Lagi dua bulan saya dah nak bersalin, Insya Allah dijangka pada 27 Mac pada bulan Ramadan.

"Saya punya 'morning sickness' setiap hari, muntah-muntah... sama macam ketika saya hamil anak pertama dulu, sampai saya dah tahap reda," katanya kepada mStar.

Nadia Aqilah bakal timang anak kedua hujung Mac ini.

Nadia berkongsi mengenai perkembangan itu ketika ditemui pada malam gala tayangan filem terbaharu lakonannya iaitu Eva yang diadakan di Kuala Lumpur pada malam Rabu lalu.

Dalam pada itu, Nadia berkata, meskipun kesihatannya tidak berapa baik namun tetap meluangkan masa secukupnya dengan anak sulungnya, Senja Aqilah sebelum dia menimang cahaya mata kedua nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: LPF terima kandungan treler ‘Pulau’ berbeza, penerbit setuju tukar dengan suntingan baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Penerbit jawab dakwaan adegan lucah dalam ‘Pulau’, mahu promosi keindahan pantai dan masyarakat majmuk Malaysia

Tambah Nadia, dia sememangnya seorang ibu yang suka 'melekat' dengan anak dan ingin beri lebih perhatian sebelum tumpuan terpaksa diberikan kepada bayi.

"Sekarang saya dah mula berehat daripada aktiviti lakonan, tempoh bertenang buat saya sebenarnya sebab nak lebih luangkan masa dengan Senja.

Sekarang ini saya dah mula berehat daripada aktiviti berlakon, tempoh bertenang buat saya.

NADIA AQILAH

PELAKON

"Dia macam tahu, tak tahu akan dapat adik, biasalah budak-budak," katanya.

Untuk rekod, Nadia mendirikan rumah tangga dengan Saiful Ridzuan pada April 2018 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan Senja yang kini sudah berusia empat tahun.

Berkongsi mengenai filem Eva yang bakal ditayangkan pada 26 Januari nanti, Nadia berkata dia sedikit trauma dengan bau kandang lembu yang merupakan lokasi penggambaran filem tersebut.

325999368_204143508835714_1759208027628711393_n

Barisan pelakon Eva dan juga pihak produksi.

Malah, babak pergaduhan antara dia dan juga Nadia Brian yang memegang watak Elly dalam filem Eva juga momen mencabar buat dirinya kerana tergesa-gesa mengejar masa.

"Saya trauma dengan kandang lambu tapi bagi saya cabaran untuk babak pergaduhan dengan Nadia Brian itu.

"Dengan kejar masanya walaupun ada pelagak ngeri tapi kami lakukan berdua. Sampai lebam badan juga," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain