KEHADIRAN pelakon Iqram Dinzly dalam majlis ilmu Lantunan Mahabbah Rasulullah yang berlangsung di Shah Alam pada malam Sabtu mencuri tumpuan ramai. Bukan sekadar datang meraikan majlis tersebut, malah Iqram, 42, turut diberi kesempatan untuk duduk di atas pentas bersama penceramah terkemuka seperti Syeikh Muhd Zainul Asri, Ustaz Jafri Abu Bakar dan Ustaz Moqti Ahmad. Terharu dengan peluang tersebut, Iqram dalam masa sama menyifatkan kehadiran pada majlis tersebut adalah sebagai Prinx Chiqy Dinzly iaitu satu karakter lain dirinya yang selalu berkongsi hal berkaitan agama di media sosial. Iqram turut menjadi tumpuan pada majlis tersebut. “Yang pergi itu bukan saya. Apabila mendapat jemputan saya katakan biarlah Prinx Chiqy yang pergi. “Saya pun tak sangka dipanggil duduk di atas pentas. Mula hanya sama-sama masuk ke dalam dewan, kemudian Tuan Syeikh Zainul nampak saya dan beliau panggil untuk sama-sama di atas pentas. “Saya rasa memang tidak layak untuk duduk sekali dengan mereka yang sememangnya arif dan cukup tinggi ilmu agama,” katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Iqram Dinzly anggap permintaan puak LGBT sebagai bebal, suruh pindah Australia ARTIKEL BERKAITAN: Iqram Dinzly ‘sound’ artis baharu, zaman sekarang kena bijak ambil peluang... Gimik murahan tak perlu bayar Terdahulu tular di satu akaun Instagram di mana pelakon itu yang pada awalnya hanya berdiri di bawah pentas dijemput naik dan seperti mendapat layanan VIP. Bercerita tentang pengalaman pada malam tersebut, katanya dia sempat mendapat perkongsian dari Ustaz Jafri berkaitan hantaran yang selalu dimuat naik di laman sosial miliknya. Secara tidak langsung ia memberi semangat buat Iqram untuk memanfaatkan medium tersebut sebagai salah satu cara menyampaikan kebaikan. Kalau ada yang bercakap buruk saya hanya boleh bersyukur. Setiap kata-kata buruk itu amalan mereka akan dipindahkan kepada saya IQRAM DINZLY PELAKON “Kata Ustaz Jafri manfaatkan sebaik mungkin apa yang sedang saya lakukan sekarang ini. Mungkin apa yang dibuat itu disalah tafsir oleh orang lain namun semuanya terserah kepada Allah untuk menilai. “Katanya juga walau kita ini kurang amalan, tetapi mungkin kebaikan yang dikongsi itu boleh menjadi manfaat buat ‘timbangan’ kelak. Mungkin timbangan itu lebih banyak dari perkara buruk yang kita lakukan,” kongsinya. Dalam masa sama Iqram juga tidak mahu ambil pusing pandangan sesetengah pihak yang menganggap dirinya tidak layak untuk berada di tempat tersebut. Iqram akan terus gunakan media sosial untuk kongsi kebaikan. Kata Iqram setiap kata-kata buruk itulah yang akan dikembalikan sebagai satu amalan baik buat dirinya. “Kalau ada yang bercakap buruk saya hanya boleh bersyukur. Setiap kata-kata buruk itu amalan mereka akan dipindahkan kepada saya. “Saya maafkan mereka sebab manusia ini ada pelbagai ragam dan sifat. Kita tidak boleh menafikan apa yang mereka rasa,” ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube