suria

Mimi Lana mahu majlis perkahwinan sederhana, paling penting dapat restu semua pihak

Mimi impikan perkahwinan yang sederhana.

PELAKON Mimi Lana tidak bercadang untuk mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran sebaliknya merancang acara mahu disatukan dengan aktor Syafiq Kyle dalam suasana sederhana.

Mimi atau Mimi Roziana Zainal Abidin, 28, berkata, apa lebih penting adalah perancangan mendirikan rumah tangga mendapat restu daripada orang sekelilingnya.

"Segala yang terlihat berlangsung adalah diluar jangkaan saya. Bersederhana itu adalah impian perkahwinan saya dan semua di sekeliling merestui dengan mudah.

mimi1 - 1

Mimi dan Syafiq selamat mengikat tali pertunangan.

"Syukur Alhamdulillah dan terima kasih yang tak terhingga atas doa-doa yang baik daripada kalian. 90 peratus adalah perancangan Allah, hanya 10 peratus yang datang daripada saya," katanya.

Mimi berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: "One step closer, Insya Allah" - Mimi Lana beri gambaran sudah bertunang dengan Syafiq Kyle, dibanjiri ucapan tahniah peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Ada sangka sebab putus cinta, Mimi Lana dedah menangis seminggu terpaksa potong rambut pendek

Dalam pada itu, Mimi berkata, buat pertama kali nya dia merasakan disayangi oleh orang-orang sekelilingnya.

Pelakon filem Pusaka ini berkata, sepanjang proses melangkah ke alam perkahwinan semua urusan dipermudahkan sehingga tiada satu perasaan tidak baik terdetik di dalam hatinya.

"Selama 27 tahun, ini pertama kali saya rasa sangat disayangi oleh semua orang sehingga tiada satu pun perasaan yang tidak baik terdetik dalam hati saya.

"Terima kasih Allah SWT, terima kasih semua keluarga dan keluarga pasangan saya yang tak terhingga. Semoga Allah permudahkan segala-galanya untuk saya dan saya akan terus berdoa untuk orang-orang yang saya sayang," ujarnya.

mimi2 - 1

Mimi terharu terima ucapan dan doa daripada peminat.

Pada Sabtu, Mimi memuat naik sebuah foto yang menunjukkan jari manisnya disarungkan cincin dengan kapsyen 'One step closer'.

Aktres berkenaan seperti memberi gambaran sudah mengikat tali pertunangan dengan Syafiq atau Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 31.

Untuk rekod, pasangan selebriti ini juga pernah dikatakan putus cinta pada Mei 2020 selepas lima tahun bersama, namun hubungan mereka kembali bertaut selepas dilihat berkongsi gambar di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain