suria

Gigit tangan Habib Ali ketika bayi, anak Betty Rahmad sanggup tunggu nak minta maaf - “Excuse me ustaz, maaf ustaz”

Anak Betty Rahmad minta maaf kepada Habib Ali.

GELAGAT anak kepada pelakon Betty Rahmad iaitu Ardy Wira yang memohon maaf kepada pendakwah Habib Ali mencuit hati netizen.

Betty atau Nursha Rahmad, 41, berkata, Wira meminta maaf kepada Habib kerana kanak-kanak itu pernah secara tidak sengaja mengigit jari pendakwah berkenaan ketika melakukan proses tahnik.

Kesempatan bertemu Habib di sebuah majlis agama Khamis lalu memberi peluang kepada anaknya meminta maaf.

wira1 - 1

Kepetahan Wira mencuri perhatian ramai.

"Sebelum ini kami pernah tunjuk video lama dia tahnik dengan Habib Ali, dia gigit jari Habib.

"Kebetulan masa kita pergi Tawfiq Khamis lepas, Habib ada dan Wira cakap nak jumpa Habib minta maaf," katanya.

Betty berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Tahu tak ibu awak Siti Nurhaliza?" - Peminat puji suara TokTi cover lagu Marsha, aksi Afwa siap goyang kaki buat ramai terhibur

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa kongsi perkembangan Bilal, peminat ‘geram’ tengok semakin aktif... "Sekejap je dah pandai jalan"

Dalam pada itu, Betty memberitahu Wira bersungguh-sungguh mahu bertemu Habib sehingga sanggup menunggu untuk berjumpa dengan pendakwah itu.

"Sampai habis majlis dia tetap tunggu tak nak balik selagi tak jumpa Habib. Dia ingat senang kot nak jumpa.

"Kami pun layankan dan Daddy bawa dia tunggu. Alhamdulillah rezeki Wira Allah izinkan dia jumpa Habib. Bila jumpa terus 'jem' nak cakap Melayu," ujarnya.

Sementara itu, menerusi video berkenaan, Wira dilihat begitu teruja berjumpa dengan Habib sehinggakan dia kelu untuk berkata-kata.

Anak kecil itu menyapa dengan memberi salam dan seterusnya meminta maaf serta menerangkan bahawa dia pernah menggigit jari pendakwah itu ketika masih bayi.

"Excuse me ustaz, maaf ustaz. Sekarang saya lupa apa yang perlu saya cakap. Kalau saya cakap bahasa Inggeris ustaz boleh faham tak?

"Maaf ustaz, masa saya bayi saya tak sengaja menggigit jari ustaz," katanya.

wira2 - 1

Betty bersama suami, Ardy Damis dan anaknya, Wira.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat memuji sikap yang dimiliki anak berusia empat tahun itu dan mendoakan agar Wira terus menjadi anak yang soleh.

"Untungnya Wira. Allahu aku tak boleh tahan sebaklah. Untungnya awak dik.

"Semoga jadi anak yang soleh. Aunty follow Wira dari kecil lagi dah suka tengok Wira.

"Dah la comel, penuh sopan dan beradab pula tu. Insya Allah kesan tahnik daripada ulamak," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain