suria

Kenduri sambut menantu stail kampung Reen Rahim dapat pujian, rilek kongsi pelamin dengan adik ipar

Reen tidak kisah berkongsi majlis perkahwinan dengan adik ipar.

SELEPAS melangsungkan akad nikah pada 24 Disember lalu, pelakon Reen Rahim sekali lagi diraikan menerusi majlis menyambut menantu di sebelah keluarga suami yang diadakan pada Ahad.

Namun apa yang menarik perhatian netizen, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 3 ini diraikan dalam sebuah majlis kenduri bersama adik iparnya meskipun dia seorang selebriti popular.

Ramai memuji sikap rendah diri Reen atau Noreen Ashikin Abdul Rahim yang diraikan dalam majlis berkonsepkan kampung dalam suasana sederhana.

"Rileks jer Reen sanding dengan adik ipar.

reen1 - 1

Reen dan Hazim selepas diijab kabul.

"Dia artis kot tapi dia tak kisah pun sanding dengan pasangan lain. Ala kadar sahaja kendurinya. Respect Reen memang the best!

"Berulang kali tengok, Reen Rahim ke tu? Terbaik Reen, ringkas sahaja majlisnya," tulis netizen.

Menerusi video tersebut, Reen dan suami, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, 29, dilihat menggayakan busana songket berwarna hijau zamrud, manakala adik iparnya dan isteri menyarung songket berwarna maroon.

ARTIKEL BERKAITAN: Reen Rahim sah bergelar isteri dengan sekali lafaz, terima set barangan kemas sebagai mas kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Reen Rahim kahwin guna duit sendiri, ramai salah faham tajaan RM15 juta... "Kalau sebanyak itu lebih baik sedekah"

Dalam video berkenaan memperlihatkan pasangan pengantin sedang berarak ke khemah perkahwinan yang memperlihatkan Reen tersenyum berjalan sambil memaut lengan suami.

Namun apa yang mencuit hati, Reen sempat mengusik adik iparnya yang berjalan sambil membuat wajah serius seperti hendak pergi berperang.

"Alhamdulillah, selesai majlis sambut menantu belah suami. Sederhana itu indah.

reen2 - 1

Reen dipuji peminat kerana sikapnya yang bersederhana.

"Tapi aku macam nak pang je adik ipar aku, dia ingat dia nak pergi perang ke buat muka macam tu," katanya.

Untuk rekod, Reen dan Hazim mendirikan rumah tangga pada 24 Disember tahun lalu di Bora Ombak Marina, Putrajaya.

Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa Reen iaitu Abdul Rahim Abdul Kadir, 63, dihadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hafizan Ibrahim.

Pada majlis tersebut, Reen menerima mas kahwin sebanyak RM1,988 berserta set barangan kemas seperti rantai, gelang dan sebentuk cincin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain