suria

[V] “Itulah Mas Idayu”… Siti Nurhaliza tak reti bagi komen marah-marah, minta Sissy berlapang dada terima teguran

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi nasihat dan meminta Sissy Iman supaya lebih terbuka dan tidak berputus asa selepas menerima komen pedas juri Famili Duo iaitu Mas Idayu semasa program itu bersiaran pada Ahad lalu.

Menurut Siti, 44, apa yang dilalui oleh Sissy itu merupakan sebahagian daripada cabaran yang perlu dihadapi apabila menyertai pertandingan nyanyian dan ia hanyalah bersifat sementara.

"Adik (Sissy) janganlah putus asa. Dalam industri ini itulah sepak terajang yang perlu dihadapi. Apabila dalam pertandingan kenalah berlapang dada membenarkan diri dikritik walaupun pedih di hati.

siti nurhaliza 2

Siti sudah berpesan kepada Saida dan Saerah supaya bersedia dengan kritikan.

"Setiap juri ada cara menegur mereka sendiri. Saya percaya Sissy terkejut dan tidak sangka menerima teguran begitu... tapi rasa sakit dan jauh hati itu akan berlalu pergi," katanya kepada mStar.

Siti berkata demikian ketika ditemui di sidang media Konsert Malam Bulan Bintang yang diadakan di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur pada Rabu.

Mengulas mengenai komen dan cara penjurian Mas Idayu, Siti berkata itu adalah sifat sebenar penyanyi lagu Robek Hatiku ini seperti mana yang pernah dia tonjolkan ketika menjadi juri dalam beberapa program lain.

ARTIKEL BERKAITAN: “Otak saya kosong”... Sissy Imann masih kecewa, hilang semangat beraksi di pentas ‘Famili Duo’

ARTIKEL BERKAITAN: Mas Idayu buat Sissy Imann menangis, netizen pula tak puas hati - “Angin semacam malam ini”

"Mengenali Mas Idayu, itulah dia orangnya. Dari sudut positif, mungkin dia menegur kerana telah masuk minggu keenam dan sepatutnya persembahan lebih baik.

"Saya juga pernah menjadi juri, tapi karakter saya bukanlah begitu. Saya pula tak tahu nak marah-marah orang kalau memberi komen," ujarnya.

Dalam pada itu, Siti sempat meninggalkan pesanan kepada kakak dan adiknya iaitu Siti Saida dan Siti Saerah yang juga bersaing dalam program terbitan TV3 itu.

Dari sudut positif, mungkin dia menegur kerana telah masuk minggu keenam dan sepatutnya persembahan lebih baik

DATUK SERI SITI NURHALIZA

PENYANYI

"Saya sudah pesan kepada adik-beradik saya bahawa netizen akan bercakap dan Mas Idayu ada sebagai juri. Saya minta mereka bertenang sahaja terima teguran. Apa yang penting ada perkembangan baik setiap minggu," katanya.

Dalam konsert yang bersiaran secara langsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor pada Ahad lalu persembahan Sissy dan Naim menyampaikan lagu Jampi versi keroncong menerima kritikan Mas Idayu.

Teguran itu menyebabkan Sissy menangis di atas pentas dan terus meninggalkan dewan selepas tamat persembahan.

sissy iman 3

Sissy menangis selepas menerima komen Mas Idayu di konsert minggu enam Famili Duo.

Ia menerima perhatian banyak pihak dan ada antaranya yang kurang bersetuju dengan kelantangan Mas Idayu ketika memberi komen terhadap seorang penyanyi yang sudah mencipta nama dalam industri.

Dalam perkembangan lain, Siti bakal terlibat dalam konsert Malam Bulan Bintang yang akan berlangsung pada 4 Mac depan di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Selain Siti, konsert itu turut menampilkan beberapa artis ternama seperti Datuk M Nasir, Sabyan dan Faizal Tahir.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain