suria

“Otak saya kosong”… Sissy Imann masih kecewa, hilang semangat beraksi di pentas ‘Famili Duo’

Sissy masih terkesan dengan teguran juri pada minggu ke-6 Famili Duo.

SUSULAN teguran panas juri tetap Mas Idayu dalam program Famili Duo pada Ahad lalu, penyanyi Sissy Imann dilihat masih terkesan dan berada dalam keadaan kecewa.

Gara-gara komen yang diterima itu, Sissy, 28, berkata sehingga kini dia masih belum membuat persiapan persembahan minggu ketujuh yang akan berlangsung beberapa hari sahaja lagi.

"Hari ini (Rabu) selama enam minggu di mana kita dah finalize konsep persembahan. Hari inilah yang sepatutnya kita dah dapat audio dari music director selepas selesai latihan dengan band yang selalunya hari Isnin kita dah siap arrange form.

sissy iman 1

Nyanyian Sissy pada minggu ke-6 kurang mendapat perhatian juri.

"Tapi minggu ini, dalam otak saya kosong. Tak ada lagu. Tak ada visual,” katanya.

Sissy menulis luahan hatinya itu menerusi Instagram.

Dalam pada itu, Sissy turut menyatakan permohonan maaf kepada rakan duonya iaitu Naim Daniel yang terpaksa berhadapan dengan cabaran sukar itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sissy Imann anggap bidang muzik tak lagi berpihak kepadanya, mohon maaf persembahan mengecewakan

ARTIKEL BERKAITAN: Mas Idayu buat Sissy Imann menangis, netizen pula tak puas hati - “Angin semacam malam ini”

"Kita dah janji untuk sama-sama hadap apa-apa kemungkinan jauh sebelum pertandingan ni bermula tapi saya minta maaf sebab tak dapat jadi sekuat awak.

"Saya minta maaf sebab awak kena hadap semua pertanyaan seorang diri. Saya minta maaf atas semua panggilan dan mesej awak yang saya tak jawab sebelum ini sedangkan semua sepatutnya menjadi tanggungjawab kita bersama.

Kita dah janji untuk sama-sama hadap apa-apa kemungkinan jauh sebelum pertandingan ni bermula tapi saya minta maaf sebab tak dapat jadi sekuat awak

SISSY IMAN

PENYANYI

"Tak semena-mena you have to take the lead now," ujarnya.

Pada konsert minggu keenam yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor pada Ahad lalu, persembahan Sissy dan Naim menyampaikan lagu Jampi versi keroncong mendapat kritikan Mas Idayu.

sissy iman 2

Sissy mengambil keputusan membatalkan penjualan album baharunya disebabkan rasa kecewa.

Ketika memberi komen, Mas Idayu berpendapat nyanyian Sissy dan Naim tidak serasi dan agak kasar.

Teguran itu membuatkan Sissy tidak dapat menahan air mata dan meninggalkan program tersebut selepas membuat persembahan.

Dia meluahkan rasa kecewa dan enggan meneruskan jualan album terbaharunya berjudul Sissy Imann yang sepatutnya dilancarkan pada 2 Februari nanti.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain