suria

Ibnor Riza alami masalah ‘vocal chord palsy’, sukar bercakap dan leher membengkak

Ibnor Riza menerima kunjungan Datuk DJ Dave dan rakan-rakan mewakili YKAT.

PENYANYI popular era 80-an iaitu Ibnor Riza sekali lagi ditahan di wad Hospital Kuala Lumpur selepas tahap kesihatannya kembali merosot sejak 15 Januari lalu.

Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT), Datuk DJ Dave berkata, Ibnor, 62, dimasukkan ke hospital akibat mengalami masalah 'Vocal Cord Palsy' yang membuatkan penyanyi itu sukar bercakap selain mengalami bengkak di bahagian leher.

Malah penyanyi lagu Mimpi Yang Tak Sudah itu sebelum ini pernah dijadualkan untuk melakukan pembedahan membuang nanah di bahagian tersebut namun ia terpaksa ditangguhkan atas sebab kandungan gula dalam darah yang tinggi.

"Ketika ini Ibnor dijaga rapi oleh pihak hospital selain sentiasa ditemani isteri bersama anak-anaknya.

Ibnor Riza 3

DJ Dave memberi kata-kata semangat kepada Ibnor.

"Isterinya, Sarimah memberitahu dia terpaksa berulang alik dari Seremban ke Kuala Lumpur sejak 19 Januari lalu bagi menjaga suami selain terpaksa menyewa hotel bajet berdekatan bagi memudahkan urusan melawat," katanya.

Dalam pada itu, DJ Dave berkata, pihak menerima khabar mengenai keadaan kesihatan Ibnor daripada penyanyi Datuk Nash pada awal bulan ini namun baharu sekarang berkesempatan menziarahi penyanyi berkenaan di hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan susut, tidak boleh menyanyi... Ibnor Riza alami tekanan tiba-tiba diserang pelbagai penyakit kronik

ARTIKEL BERKAITAN: Muntah-muntah dan hampir pitam, Ibnor Riza dikejarkan ke hospital akibat tekanan darah rendah

Bagaimanapun katanya, sebagai bantuan segera, pihak YKAT sempat menyalurkan sumbangan wang tunai sebanyak RM2,000 kepada penyanyi berkenaan bagi kegunaan menampung kos rawatan.

"Banyak juga saya nasihatkan agar dia sentiasa menjaga pemakanan selain positif dengan apa yang berlaku... kena kuat semangat, Insya Allah akan cepat sembuh," katanya.

Pada pertemuan itu, DJ Dave turut menyampaikan sumbangan RM500 kepada Ibnor dan keluarga.

Sementara itu, Ibnor berkata, dia bersyukur dan terharu apabila ada rakan-rakan artis datang melawat dan memberi kata-kata semangat selain menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban.

Ibnor Riza 1

Ibnor minta peminat mendoakan kesihatannya.

Ini kerana kata Ibnor, sejak mengalami pelbagai masalah kesihatan, dia tidak dapat menerima sebarang jemputan nyanyian sehingga menyebabkan sumber pendapatannya terjejas teruk.

Terdahulu, Ibnor memberitahu dia diuji dengan pelbagai jenis penyanyi selepas melakukan pemeriksaan doktor sekitar tiga bulan lalu.

Bermula daaripada bengkak pada bahagian leher, doktor kemudiannya turut mengesahkan Ibnor menghidap pelbagai penyakit lain seperti diabetes, darah tinggi, migrain, buasir selain tahap kolesterol yang tinggi.

Penyanyi itu kemudiannya dimasukkan ke hospital selepas mengalami muntah-muntah dan tekanan darah rendah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain