suria

“Masa mummy marah dulu saya diam saja”... Baby Shima sifatkan Mas Idayu juri yang jujur, tak ‘fake’ bagi komen

Shima tidak anggap teguran terbuka Mas Idayu sebagai satu isu besar.

PERNAH mengalami situasi sama seperti Sissy Imann, penyanyi Baby Shima menganggap komen 'pedas' Mas Idayu semasa menjurikan program Famili Duo baru-baru ini merupakan satu bentuk teguran biasa.

Kata Shima atau nama sebenar Nor Ashima Ramli, 31, teguran yang diberikan oleh Mas Idayu atau lebih mesra disapa mummy itu menjadikan dia lebih bersemangat untuk bangkit memperbaiki mutu nyanyian.

"Semasa dimarahi mummy (Mas Idayu) dahulu saya diam sahaja dan terima semua komen tersebut sebab tahu saya buat salah.

baby shima 2

Teguran Mas Idayu sebelum ini buatkan Shima semakin dikenali.

"Bagi saya ia teguran membina dan kita harus belajar dari kesilapan. Kritikan mummy pedas dan berisi! Setiap orang ada cara berbeza dalam memberi teguran dan takkanlah mummy nak menjadi orang lain.

"Yang salah tetap salah. Selalunya yang kena marah akan memberikan persembahan lebih baik pada minggu hadapan," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, komen pedas yang diberikan oleh Mas Idayu kepada salah seorang peserta program Famili Duo iaitu Sissy Imann menjadi bualan hangat netizen.

Rata-ratanya meluahkan rasa kurang senang dengan teguran yang diberikan oleh Mas Idayu selaku juri tetap dalam pertandingan nyanyian itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan takut! Sekarang tahap saya dah juri”... Mas Idayu tak layan desakan netizen minta masuk GV

ARTIKEL BERKAITAN: Mas Idayu buat Sissy Imann menangis, netizen pula tak puas hati - “Angin semacam malam ini”

Dalam itu, Shima menyifatkan Mas Idayu sebagai seorang juri yang jujur dan bersikap berterus-terang dalam menjurikan sesebuah program nyanyian.

"Mummy adalah antara juri program yang paling bagus sebab dia tak fake tentang persembahan. Berbanding artis lain yang lebih kepada memuji sedangkan tahu persembahan peserta itu teruk.

"Kalau tidak ada komen sebegitu sampai bila-bila peserta itu tidak tahu kesalahan yang dilakukan," ujarnya.

Disebabkan teguran itulah telah membuka jalan untuk saya terus kembangkan kerjaya di Indonesia dan Malaysia

BABY SHIMA

PENYANYI

Pada tahun 2017, Mas Idayu pernah menegur dan memberikan komen pedas kepada Baby Shima semasa menyertai program D'Academy Asia musim ketiga yang bersiaran di sebuah stesen televisyen Indonesia.

Teguran tersebut tular sehingga kata-kata Mas Idayu berbunyi 'ada nampak mummmy happy' popular digunakan sehingga hari ini.

Mengambil hikmah dari teguran tersebut, Shima mengakui ia menjadi salah satu faktor namanya mula dikenali di negara republik itu sehingga berjaya menjadi salah seorang artis di sana.

sissy iman 4

Tangisan Sissy selepas ditegur Mas Idayu hangat diperkatakan.

"Disebabkan teguran itulah telah membuka jalan untuk saya terus kembangkan kerjaya di Indonesia dan Malaysia.

"Jadi saya anggap apa yang berlaku itu ada hikmahnya. Bukan sahaja boleh baiki diri sendiri, malah juga beri peluang baharu buat saya," jelasnya.

Pada Ahad lalu, Sissy tidak dapat menahan air mata apabila menerima kritikan daripada Mas Idayu selepas dia menyampaikan lagu berjudul Jampi bersama pasangan duetnya, Naim Daniel.

Ramai penonton kurang bersetuju dengan tindakan Mas Idayu memberi komen secara terbuka kerana dianggap menjatuhkan maruah seorang artis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain