suria

Nynaa Harizal berdebar menunggu hari kelahiran anak pertama, umum jantina selepas bersalin

Nynaa teruja berkongsi berita hamil anak pertama.

BAKAL bergelar ibu tidak lama lagi, pelakon Nynaa Harizal memberitahu segala persiapan untuk menyambut kelahiran anak pertamanya itu sudah selesai dilakukan.

Menurut Nynaa atau nama sebenar Nurul Hanynaa Harizal, 27, dia dan suami Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas teruja , 31, teruja menanti hari kelahiran yang dijangka pada bila-bila masa.

"Saya sebenarnya tidak berani nak cakap tarikh sebenar kelahiran sebab doktor memang dah cakap bila-bila masa saya akan melahirkan bayi ini.

nynaa2 - 1

Nynaa enggan berkongsi jantina bayi mereka lagi.

"Saya sangat gementar tetapi bersyukur kerana kandungan saya baik-baik sahaja. Persiapan bayi dan berpantang semuanya sudah saya sediakan," katanya ketika dihubungi mStar.

Sementara itu, Nynaa memberitahu dia merahsiakan berita awal kehamilan daripada pengetahuan umum disebabkan faktor-faktor tertentu.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Suami pasang dua 'bodyguard' jaga Nynaa Harizal, risau insiden acu pistol berulang

ARTIKEL BERKAITAN: Nynaa Harizal syukur doa untuk kembali bersama suami dimakbulkan - "Hanya ajal boleh memisahkan kita"

"Bukan tak nak kongsi, cuma saya sebenarnya berdebar. Iyalah anak pertama kan?

"InsyaAllah bila semua dah selamat, saya pun teruja nak kongsikan detik dan momen indah ini juga," katanya.

Ditanya mengenai jantina anak sulungnya ini, Nynaa memilih untuk tidak mendedahkannya dan akan berkongsi selepas hari kelahiran kelak.

Saya sangat gementar tetapi bersyukur kerana kandungan saya baik-baik sahaja. Persiapan bayi dan berpantang semuanya sudah saya sediakan.

NYNAA HARIZAL

PELAKON

"InsyaAllah saya akan melahirkan bayi pertama di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Lagi pun hospital yang dipilih memang dekat dengan rumah kami.

"Buat masa ini saya tidak mahu memberitahu jantina bayi kami, insyaAllah semuanya akan saya kongsikan selepas bersalin nanti," katanya.

Untuk rekod, Nynaa mendirikan rumah tangga bersama Fahmi pada 28 Ogos 2021.

Kisah rumah tangga pasangan ini pernah menjadi perhatian ramai apabila Fahmi mendakwa isterinya telah dilarikan bapa mentua ketika menjalani penggambaran sebuah drama pada 3 November 2021.

nynaa3 - 1

Nynaa mendirikan rumah tangga bersama Fahmi kira-kira dua tahun lalu.

Fahmi membuat tuntutan nusyuz agar pelakon itu kembali taat dan pulang ke pangkuannya selepas hampir dua minggu Nynaa didakwa keluar rumah tanpa kebenaran.

Manakala, Nynaa pula memfailkan permohonan cerai kepada Fahmi di Mahkamah Rendah Syariah di Johor Bahru, Johor pada 10 November 2021.

Bagaimanapun, Nynaa dan Fahmi akhirnya mencapai persetujuan untuk berbaik semula di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 11 November 2021

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain