suria

Bentuk dagu dan mata sempurna... Henry Golding tersenarai antara 10 lelaki kacak dunia

Henry Golding tersenarai antara 10 lelaki terkacak di dunia.

PELAKON Henry Golding tersenarai antara 10 lelaki terkacak di dunia menurut kajian saintifik kuno.

Henry atau nama sebenar Henry Ewan Golding, 36, menduduki tangga kesembilan lelaki terkacak dunia mengalahkan pelakon Dwayne Johnson yang berada dikedudukan ke-10.

Memetik laporan Daily Mail, senarai itu telah disusun menggunakan teknik pemetaan berkomputer yang dilakukan oleh pakar bedah kosmetik dari Harley Street iaitu Dr Julian De Silva menggunakan teknologi kajiannya.

henry1 - 1

Henry berada di kedudukan kesembilan lelaki terkacak dunia menurut kajian saintifik kuno.

Jelas De Silva, anak kelahiran Sarawak itu mendapat markah tinggi kerana bentuk dagu dan jarak antara mata menerima markah sebanyak 87.98 peratus.

Dalam pada itu, bintang siri Bridgerton, Rege Jean Page telah dinobatkan sebagai lelaki paling kacak dunia dengan kutipan markah 93.65 peratus.

ARTIKEL BERKAITAN: Henry Golding rakyat Malaysia pertama muncul dalam The Ellen DeGeneres Show

ARTIKEL BERKAITAN: Tak puas sekadar alih suara filem Hollywood, Sean Lee impi berlakon disamping Henry Golding

Pelakon Chris Hemsworth berada di tempat kedua dengan 93.53 peratus, bintang Black Panther, Michael B Jordan di tempat ketiga dengan 93.46 peratus dan penyanyi Harry Styles di tempat keempat dengan 92.30 peratus.

Untuk info, Henry pernah membuat kemunculan menerusi filem hit Crazy Rich Asians pada 2018 dan pernah membintangi beberapa filem Hollywood terkenal termasuk Snake Eyes, Last Christmas, The Gentlemen dan A Simple Favor.

Sebelum ini, Henry pernah mencipta nama sebagai pengacara di Malaysia menerusi beberapa program seperti 8tv Quickie, Welcome To The Railworld Japan (8TV) dan Surviving Borneo (Discovery Channel).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain