suria

Selesa hidup bujang… Amber Rose tak mahu lagi kongsi katil dengan lelaki, jijik buat hubungan intim

Amber selesa hidup tanpa cinta lelaki.

SERIK berdepan kisah pahit hubungan dahulu, selebriti Amber Rose membuat keputusan tidak mahu lagi menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki di masa akan datang.

Menurut Amber, 39, dia enggan berkongsi hidup tinggal serumah bersama pasangan kerana ia boleh mengganggu hubungannya dengan anak-anak.

"Saya mahu kekal solo seumur hidup. Saya tak mahu kongsi rumah atau kehidupan dengan orang lain. Saya juga tak mahu ada orang mendekati anak-anak saya. Saya tak mahu melakukan hubungan seks... jijik!

ARTIKEL BERKAITAN: Paris Hilton sambut kelahiran bayi lelaki guna kaedah ibu tumpang

"Saya tidak ada masalah dengan hidup sekarang ini. Malah sangat gembira tidak berkongsi katil dengan sesiapa," katanya dalam satu temubual.

Amber sebelum ini pernah bercinta dengan Kayne West selama dua tahun sebelum mengumumkan perpisahan mereka pada 2010.

Kemudian dia berkahwin dengan Wiz Khalifa pada 2013 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 9 tahun.

Pasangan ini sah bercerai pada selepas setahun hidup bersama.

Sekitar tahun 2017, Amber mula rapat dengan penyanyi rap 21 Savage, namun ketika itu dia mengakui masih mengingati Khalifa.

Kali terakhir dia dilihat bercinta adalah bersama penyanyi Alexander Edwards dan mereka memiliki seorang anak lelaki bersama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain