PELAKON Fizo Omar berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Fazeera Nazri Azrai kini sedang hamil lima bulan anak kedua mereka. Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar, 38, berkata, dia menyifatkan kehamilan isterinya itu sebagai rezeki yang tidak disangka-sangka memandangkan baharu sahaja menyambut kelahiran anak pertama dengan Fezeera 11 bulan lalu. "Syukur Alhamdulillah, rezeki lain dari Allah buat kami semua. "Beza Khaleeda dan adik dia ini 11 bulan saja, kilang buka terus produce," katanya. Fizo umum isteri kini hamil lima bulan anak kedua. Fizo berkongsi khabar gembira itu menerusi Instagram miliknya pada Ahad. Menerusi video yang dimuat naik itu juga, Fizo memberitahu bahawa anak keduanya, Wan Khaleeda akan bergelar Kak Ngah manakala anak sulungnya Wan Maryam pula akan mempunyai dua adik. Malah dia turut dilihat teruja bakal bergelar bapa kepada tiga orang cahaya mata. ARTIKEL BERKAITAN: Bersalin 2 minggu lebih awal, Fizo Omar dan isteri dapat bayi perempuan! ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Isteri bunting pelamin, Fizo Omar bakal timang anak ‘made in’ Janda Baik Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis mengucapkan tahniah buat Fizo dan isteri. Ramai mendoakan agar segala urusan pasangan itu dipermudahkan. "Tahniah! seronok anak rapat-rapat. Nanti dah besar macam sebaya. Beza Khaleeda dan adik dia ini 11 bulan saja, kilang buka terus produce. FIZO OMAR PELAKON "Hebat! Tahniah Fizo dan isteri. Semoga mummy dan anak dalam kandungan sihat-sihat selalu. "Betul-betul rapat jarak ini, nanti besar macam kembar masing-masing," antara komen netizen. Untuk rekod Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021 di sebuah masjid di Hulu Klang dan majlis resepsi pula diadakan secara tertutup di sebuah resort di Janda Baik. Fizo Omar bersama isteri dan anak-anaknya. Ini merupakan perkahwinan kedua buat pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa berkenaan. Fizo sebelum ini pernah berkahwin dangan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Wan Maryam yang kini berusia enam tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube