suria

Meremang dengar Siti Nurhaliza nyanyi lagu ‘Munbe Vaa’, Raja Ilya puji sebutan bahasa Tamil tepat dan jelas

Raja Ilya puji nyanyian Siti menerusi lagu Tamil berjudul Munve Vaa.

KEMUNCULAN penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi persembahan lagu klasik Tamil berjudul Munbe Vaa pada konsert AR Rahman - Secret of Success Live in Malaysia 2023 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam Sabtu memukau penonton yang hadir.

Persembahan menakjubkan daripada Siti itu mendapat pujian penonton malah selepas selesai menyanyikan lagu berkenaan, 60,000 penonton di dalam stadium berdiri sambil bertepuk tangan sebagai penghargaan kepada penyanyi berkenaan.

Siti turut menarik perhatian dan pujian pelakon Raja Ilya yang memberitahu nyanyian dan sebutan bahasa Tamil penyanyi berkenaan sangat tepat dan sempurna.

Kata Liya atau Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 38, yang turut fasih berbahasa Tamil memberitahu dia tidak menyangka Siti dapat menyanyikan lagu berkenaan dengan sebaik itu dan meluahkan rasa bangga sebagai seorang rakyat Malaysia.

ilya1 - 1

Ilya bangga jadi anak Malaysia.

"Menangis kita dengar Tok Ti nyanyi lagu Tamil ni. Meremang sampai ke anak tekak. Semua sebutan begitu lancar.

"Saya rasa sangat terharu dan berbangga sebagai rakyat Malaysia. Kamu semua membuatkan kami rasa sangat bangga," katanya.

Ilya berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Raja Ilya serbu kedai mamak sejurus tiba di KL, suami pesan makanan penuh satu meja!

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Lebih 10 tahun ditinggalkan keluarga, Raja Ilya rayu anak-anak bapa saudara datang jenguk sebelum terlambat

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat turut bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Ilya dan menganggap penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu seorang yang berbakat besar.

"Betul tau. Kami sangat bangga apabila beliau menyanyikan lagu tersebut. Suaranya dan lirik begitu on point.

"Terbaik, lagu kegemaran saya ni. Tok Ti bawa lagu dengan begitu baik. Tahniah!

Menangis kita dengar Tok Ti nyanyi lagu Tamil ni. Meremang sampai ke anak tekak. Semua sebutan begitu lancar.

RAJA ILYA

PELAKON

"Tiada kata dapat diungkap. Siti berjaya menyanyikan dengan baik. Setiap patah perkataan, ya Tuhan. Terima kasih. Saya bangga jadi anak Malaysia," tulis netizen.

Sebelum ini, Siti meluahkan rasa terujadan bersyukur kerana diberikan penghargaan untuk bergandingan bersama idolanya, AR R Rahman.

Kata Siti, dia berasa gementar namun dalam masa yang sama terharu kerana dapat melebarkan portfolio karier seninya.

ilya2 - 1

Siti teruja dapat beraksi satu pentas dengan idolanya, AR Rahman.

"Ini merupakan satu penghormatan buat saya. Berdebar tetapi dalam masa yang sama teruja, gembira, terharu dan bahagia.

"Membuka tirai 2023, saya mulakan lembaran portfolio karier seni saya dengan catatan peribadi untuk impian yang menjadi kenyataan," tulisnya di Instagram.

Untuk rekod, Ilya mempunyai darah daripada keturunan Diraja Kesultanan Melayu Perak di sebelah bapanya dan berdarah Malayalam atau Malbari di sebelah ibu.

Ilya juga mengakui dia membesar dalam suasana persekitaran lebih kepada tradisi India berbanding Melayu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain