suria

Lain macam impak watak Kahar! Nampak ganas tapi rupanya Amir Ahnaf dulu selalu kena buli

Watak Kahar lakonan Amir mendapat reaksi positif peminat.

NAMA Amir Ahnaf semakin menjadi sebutan apabila watak yang dibawa menerusi drama Projek: High Council iaitu Kahar berjaya mencuri perhatian peminat.

Amir atau nama sebenar Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 21, tidak menyangka peranannya dalam drama berkenaan diterima ramai biarpun membawakan watak antagonis.

Kata Amir, dia berterima kasih kepada pengarah iaitu Anwari Ashraf dan Zulaikha Zakaria kerana memberi kepercayaan kepada pendatang baharu sepertinya.

amir2 - 1

Amir tidak menyangka diterima peminat menerusi watak Kahar.

"Saya sebenarnya terkejut dengan penerimaan peminat terhadap watak Kahar. Pertama kalinya, saya ingin mengucapkan terima kasih buat Anwari dan Zulaikha kerana memberi kepercayaan atas bakat dan tidak memilih rupa semata-mata.

"Saya juga ingin melahirkan ucapan terima kasih yang tak terhingga buat peminat yang memberi sokongan walaupun saya dikira membawa watak 'jahat' dalam drama berkenaan," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Daiyan Trisha teringin buat benda nakal semasa remaja, tapi terhalang sebab belajar di 'sekolah pandai'

ARTIKEL BERKAITAN: Tak menyerlah macam Meerqeen dan Nadhir Nasar, Mierul Aiman yakin populariti akan datang pada waktu tepat

Mengulas lanjut tentang watak pembuli yang dibawa menerusi drama Projek: High Council, Amir mengakui dirinya juga pernah menjadi mangsa buli ketika menuntut di sekolah berasrama penuh di Kuala Terengganu, Terengganu.

Menurut finalis Hero Remaja 2021 itu, salah satu sebab dia menerima watak Kahar ini juga kerana mahu memberikan kesedaran buat anak muda terhadap bahaya buli.

"Sebenarnya saya merupakan bully survivor kerana dulu di waktu sekolah menengah saya juga pernah dibuli. Tapi, tidaklah sampai bertumbuk.

Saya sebenarnya terkejut dengan penerimaan peminat terhadap watak Kahar. Terima kasih buat pengarah yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk bekerjasama dalam Projek: High Council.

AMIR AHNAF

PELAKON

"Setakat kena cuci baju, tak boleh pakai tshirt berkolar bulat. Baju tak boleh tuck in. Sebenarnya sama sahaja seperti apa yang dipaparkan dalam drama Projek: High Council ini juga.

"Disebabkan itu, saya betul-betul mahu golongan remaja untuk menonton drama ini kerana masing-masing punya perspektif tersendiri terhadap budaya ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Amir turut berkongsi dia mengalami kecederaan sewaktu melakonkan babak perlawanan yang digelar sebagai 'corridor fight'.

Kata Amir, disebabkan terlalu ghairah membawakan peranan yang dipegang, aktor itu hilang kawalan sehingga mengalami kecederaan di bahagian kepala.

"Ketika kami melakonkan babak berlawan di koridor, kami sudah sedia maklum untuk lebih berhati-hati supaya tidak berlaku kecederaan.

"Saya akui salah saya sendiri mungkin terlalu mengikut watak dan hilang kawalan. Bila tengah berlawan dan saya salah landing, kepala saya betul-betul disebelah kotak elektrik.

amir1 - 1

Amir sentiasa komited memberikan yang terbaik buat Projek: High Council.

"Pada ketika itu saya memang dapat rasa dahi saya tengah 'bocor', tetapi oleh kerana tidak mahu melengahkan penggambaran, saya tetap meneruskan shooting dengan kepala berbalut," katanya.

Selain Amir, Projek: High Council turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat termasuk Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Naim Daniel, Yusof Hashim, Daiyan Trisha, Azhar Sulaiman, Sazzy Falak dan ramai lagi.

Drama tersebut ditayangkan bermula 23 Januari, setiap Isnin pada pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan