suria

Shila Amzah sedih nenek meninggal dunia, masih ingat gurauan terakhir minta bawa jumpa kekasih

Nenek Shila Amzah meninggal dunia.

PENYANYI Shila Amzah berkongsi berita duka pemergian nenek tercinta iaitu Senah Md Som, 86, pada malam Jumaat.

Menurut Shila atau Nur Shahila Amir Hamzah, 33, banyak kenangan manis bersama arwah yang tak mungkin dilupakan.

Malah, kali terakhir mereka bertemu, Shila berkata arwah sempat bergurau bertanyakan kepadanya tentang kekasih.

shila1 - 1

Shila berkongsi kesedihan kehilangan nenek tercinta.

"Saya telah kehilangan nenek saya hari ini, tetapi saya tetap akan menghargai semua kenangan kami bersama.

"Kali terakhir kami berbual dia sempat bergurau bertanyakan bila nak bawa balik kekasih... 'kalau dah suka kahwin sahajalah buat apa buang masa, bawa balik jumpa wan'.

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah luah kisah kegagalan cinta dan rumah tangga dalam 'Jauh Hati'... "Sejujurnya semua hubungan saya teruk"

ARTIKEL BERKAITAN: Tak datang sebab sibuk, Shila Amzah gembira ND Lala kota janji muncul di separuh akhir GV9

"Wan orang (panggilan diri Shila) akan rindu wan, orang sayang wan," katanya.

Shila berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Sabtu.

shila2 - 1

Allahyarham sempat bergurau mahu bertemu dengan kekasih baharu Shila.

Dalam pada itu, penyanyi Patah Seribu ini juga memohon orang ramai mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

"Saya mohon sama-sama kita sedekahkkan al-Fatihah buat wan. Semoga Allahyarham diampunkan segala dosa, dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain