TINDAKAN penyanyi Erul Samah menghasilkan video parodi aksi Mas Idayu menjurikan Sissy Imann dalam program Famili Duo mengundang rasa kurang senang segelintir pihak termasuklah salah seorang peserta rancangan tersebut. Kata Erul atau nama sebenar Khairul Najmuddin Abu Samah, 32, dia terkejut apabila video dihasilkan olehnya itu menerima kecaman selepas seorang peserta meninggalkan komen sedangkan pada awalnya ramai yang terhibur. “Dia seorang artis yang terkenal, kenapa perlu masuk komen di Instagram saya? Saya tidak pun sebut nama dia. Malah video yang saya buat itu hanyalah sekadar hiburan. Erul merasakan status yang dimuat naik penyanyi berkenaan turut ditujukan kepadanya. “Selepas dia komen mulalah ramai yang beri kritikan... banyak komen toksik. Pada awalnya saya biarkan sahaja, tetapi apabila terlalu banyak saya padam komen tersebut kerana tidak mahu ada unsur negatif di laman sosial. “Tak cukup dengan itu ada pula yang menyerang peribadi dengan menghantar mesej kepada saya,” katanya kepada mStar. Erul yang terkenal dengan gelaran Raja Komen sebelum ini menghasilkan video parodi aksi Mas Idayu memberi komen pedas kepada Sissy Iman dan Naim Daniel selepas mereka menyampaikan lagu berjudul Jampi dalam versi keroncong pada minggu keenam Famili Duo. ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan takut! Sekarang tahap saya dah juri”... Mas Idayu tak layan desakan netizen minta masuk GV ARTIKEL BERKAITAN: Naim Daniel terkejut foto bersama Sissy Imann tiada di poster ‘Famili Duo’... “Belum ada kata putus lagi untuk minggu ini” Ada yang berpendapat tindakan Erul itu mengeruhkan lagi keadaan kerana sebagai seorang selebriti dia tidak sepatutnya menghasilkan video parodi berkenaan. Sementara itu, Erul meminta penyanyi wanita berkenaan fokus kepada pertandingan tersebut kerana video parodi itu tiada kaitan dengan dirinya. “Kalau ada yang katakan kami bergaduh, lihatlah siapa yang mulakan dulu. Walau pun status yang dia muat naik tidak sebut nama, saya tahu ia berkaitan dengan video yang telah saya kongsikan. Tak cukup dengan itu ada pula yang menyerang peribadi dengan menghantar mesej kepada saya ERUL SAMAH PENYANYI “Dia sedang bertanding dalam program tersebut, lebih baik fokus sahaja dengan tugasan yang diberikan. Video tersebut tiada kaitan dengan dia!” ujarnya. Tambah bekas peserta Akademi Fantasia musim kesembilan ini, tindakan dia menghasilkan video tersebut adalah untuk meredakan ketegangan memandang isu Mas Idayu dan Sissy Imann ini sedang hangat diperkatakan. “Isu Mas Idayu itu hangat diperkatakan dan hari-hari kita baca berita yang serius. Jadi saya anggap video tersebut boleh menghiburkan dan redakan sedikit suasana yang sedang berlaku. Erul akan terus hasilkan content media sosial untuk hiburkan peminat. “Selama ini orang tahu saya akan sentiasa beri komen positif. Bagi saya ‘Raja Komen hati tak mahu panas’. Jadi saya akan terus buat content untuk hiburkan orang. Bukannya saya buat video lucah atau menari seksi menjual diri,” jelasnya. Sebelum ini, komen pedas Mas Idayu kepada Sissy semasa menjurikan program Famili Duo menjadi bualan hangat netizen dan mendapat respon pelbagai pihak. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube