suria

Berpakaian serba putih sambil berpegangan tangan di masjid, Nad Zainal dan Ungku Ismail dihujani ucapan tahniah

Nad dan Ungku dikatakan sudah melangsungkan perkahwinan.

PERKONGSIAN video pendek oleh pasangan pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail yang mirip diri mereka lengkap berpakaian pengantin memasuki ruang Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Ahad menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Menerusi video berdurasi 10 saat itu, kedua-dua mereka dilihat berpimpinan tangan menuju masuk ke dalam masjid daripada arah belakang namun tidak dapat dilihat jelas wajah mereka.

Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 33, bagaimanapun menerusi kapsyen hantaran berkenaan hanya menggunakan emoji cinta selain menyertakan tarikh 23 Januari 2023 yang bersamaan dengan 1 Rejab 1444.

Ramai percaya tarikh berkenaan adalah hari Nad dan Ungku atau Ungku Ismail Aziz, 37, disatukan sebagai suami isteri namun masih tiada sebarang pengesahan daripada kedua-dua belah pihak.

nad1 - 1

Instagram Nad dibanjiri dengan ucapan tahniah.

Sementara itu, akaun Instagram Nad dan Ungku dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan selebriti Seperti Intan Salleh, Umi Nazeera, Rozita Che Wan, Ika Nabella dan peminat yang gembira dengan berita perkahwinan pasangan berkenaan.

Malah ada mendakwa ternampak kelibat pelakon drama Cina Buta itu di masjid berkenaan pada tarikh yang dimaklumkan Nad.

ARTIKEL BERKAITAN: Tolong jawab pelbagai spekulasi sepanjang di ICU... Nad Zainal hargai sokongan Ungku Ismail

ARTIKEL BERKAITAN: "Seolah saya ini batak dan gelojoh" - Bukan masa jaja kisah peribadi, Ungku Ismail tak mahu lagi ‘update’ kesihatan Nad Zainal

"Alhamdulillah kalau betul. Tahniah. Saya gembira untuk kamu berdua.

"Betul ke ni? Alhamdulillah. Tahniah Nad dan Ungku Ismail.

"Tahniah Nad dan Ungku. Haritu nampak masa dekat Masjid Wilayah," tulis netizen.

Bagaimanapun, ada di antara peminat Nad yang berharap video ini bukan semata-mata untuk mempromosikan produk kerana sering kali tertipu dengan pemasaran yang dilakukan oleh golongan artis.

nad3 - 1

Nad dan Ungku didakwa sudah bernikah.

"Jangan nanti promosi bajulah, produklah, promosi muzik video lagu. Dah berapa kali kena scam dengan artis.

"Tolong jangan mainkan perasaan peminat. Harap-harap betul nikah dengan Ungku Ismail.

"Drama ke real ni? Moga Allah permudahkan segala urusan dan bahagia selalu," tulis mereka.

Usaha mendapatkan pengesahan daripada Nad dan Ungku Ismail berhubung perkara itu bagaimanapun tidak berjaya apabila kedua-dua mereka mematikan telefon.

WhatsApp Image 2023-01-29 at 11.23.59 AM

Komen peminat mengenai perkongsian Nad dan Ungku di media sosial.

Sebelum ini, Ungku pernah mengakui Nad adalah wanita paling rapat dengannya.

Ketika Nad dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru pada 20 November tahun, Ungku banyak berkongsi perkembangan mengenai aktres itu kepada peminat.

Untuk rekod, Nad pernah mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faliq pada 18 Disember 2015 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 7, dan Budi Kalsom, 2.

Bagaimanapun, awal September tahun lalu, Nad mengumumkan rumah tangga yang dibina bersama suami selama tujuh tahun berakhir dengan penceraian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain