PERTEMBUNGAN dengan Konsert AR Rahman yang berlangsung bersebelahan dengan Axiata Arena, ia tidak menjejaskan semangat peminat kpop untuk hadir ke Konsert Seen Festival Kuala Lumpur 2023 yang berlangsung pada malam Sabtu lalu. Barisan artis seperti ALICE, KARD, WayV dan NCT Dream cukup menyemarakkan semangat 5,000 peminat untuk menyaksikan persembahan artis kegemaran mereka yang datang khas dari Seoul, Korea Selatan. Konsert yang menampilkan pentas berbentuk T itu membolehkan penonton terutamanya mereka yang berada di ‘SEEN Zone’ atau kawasan berdiri dapat melihat idola kegemaran mereka dengan lebih dekat. Tirai konsert dibuka tepat pada pukul 6 petang dengan persembahan pembukaan oleh Dolla yang membawa tiga buah lagu popular mereka iaitu Impikan, Bad dan Dolla Make You Wanna yang mendapat tepukan gemuruh penonton. Dolla muncul di awal pembukaan konsert Seen Festival. Tidak membiarkan penonton menunggu lama, kumpulan ALICE yang dibarisi tujuh anggota mengambil alih pentas dengan aksi bertenaga mereka menerusi lagu seperti Jackpot, Summer Dream dan Dance On. Tampil dengan busana sedondon bewarna putih, persembahan tersebut adalah penampilan sulung mereka di hadapan peminat di Malaysia. ARTIKEL BERKAITAN: Meremang dengar Siti Nurhaliza nyanyi lagu ‘Munbe Vaa’, Raja Ilya puji sebutan bahasa Tamil tepat dan jelas ARTIKEL BERKAITAN: Konsert ulang tahun ke-25 Lah Ahmad bangkit nostalgia, segmen tribut Siti Sarah dan Adibah Noor undang air mata "Cuaca di Korea sekarang sangat sejuk, apabila sampai di Malaysia, kami sangat gembira dapat merasai cuaca yang panas. "Akhirnya dapat juga kami bertemu anda semua selepas pandemik. Kami harap anda terhibur dengan persembahan kami kali ini," kata salah seorang anggota ALICE menyapa peminat yang memenuhi ruang Axiata Arena. Kemunculan Alice buat peminat menjerit. Dalam pada itu, peminat kumpulan KARD turut bertuah apabila telefon mereka di ambil oleh kumpulan tersebut untuk swafoto selain menyampaikan lagu popular seperti Ring The Alarm, Oh NaNa dan Dumb Litty. Gelombang hijau batang lampu peminat NCT pula mengalu-alukan WayV ke pentas ketika sub-unit NCT itu membuat persebahan di Malaysia buat kali pertama dan mereka pastinya mempersembahkan rentetan lagu hit termasuklah Love Talk, Diamonds Onl’ dan Phantom. Kemudian lampu hijau kekal menyala untuk NCT Dream yang membuatkan peminat bersorak bersama dengan persembahan Hot Sauce, Glitch Mode dan BeatBox sebelum mereka mengakhiri malam tersebut dengan lagu Candy. NCT menyanyikan lagu hari lahir bersama peminat. Atas permintaan NCTzen iaitu kelab peminat NCT, mereka juga berpeluang menyanyikan lagu hari lahir bersama-sama untuk meraikan hari lahir Park Jisung daripada kumpulan NCT Dream pada 5 Februari akan datang. “Selepas ini, kami akan datang semula ke Malaysia. Jadi, anda semua perlu bersedia. “Untuk persembahan yang akan datang, kami akan datang sebagai kumpulan penuh iaitu dengan dua orang lagi ahli iaitu Mark dan Haechan,” ujar kumpulan NCT Dream. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube