suria

Fasha Sandha tiada masa ‘update’ media sosial, fokus ibadah 9 hari di Tanah Suci

Fasha dan suami telah menunaikan umrah pada 20 Januari lalu.

PASANGAN selebriti Fasha Sandha dan Aidil Aziz selamat menunaikan umrah dan telah kembali ke Malaysia pada Sabtu lalu namun ramai tertanya-tanya mengapa tiada sebarang 'update' sepanjang mereka berada di kota suci Makkah.

Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39, berkata, tempoh sembilan hari berada di Tanah Suci dirasakan begitu singkat sehingga membuatkan dia tiada masa untuk mengemas kini keberadaannya dan suami di sana.

Kata Fasha, peluang berada di Makkah dan Madinah juga digunakan sebaik-baiknya untuk melakukan ibadah dan bukannya sibuk dengan media sosial.

"Syukur Alhamdulillah. Kami dah selamat sampai. Ramai DM kenapa tak update gambar dan video. Maaf, Sembilan hari yang sangat singkat di Madinah dan Mekah," ujarnya.

Antara komen netizen di Instagram.

Namun begitu, Fasha berkata dia sempat merakam video dan memori indahnya ketika sedang mengerjakan umrah walaupun kesuntukan masa.

Fasha juga berkongsi dalam hantaran Instagram terbaharunya tentang perjalanan sepanjang umrah selain meluahkan berhasrat untuk kembali ke sana pada masa akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah Aisha seiras anak Puteri Sarah... Fasha Sandha kata sejak hamil tatap foto Sumayyah, siap minta tip kulit cantik

ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha anjur majlis solat hajat buat Nad Zainal, terharu kehadiran ramai rakan artis dan peminat

“Ya Allah, tolong panggil kami semula untuk kembali ke tanah suci pada masa akan datang. Insya Allah.

“Hati dan jiwa saya masih di sana,” ujarnya pada ruangan kapsyen.

Video yang dimuat naik melalui akaun meraih 200,000 tontonan dan rata-rata warganet yang mendoakan Fasha agar dipermudahkan segala urusan.

Untuk rekod, Fasha dan suaminya sempat membuat hantaran di Instagram sebelum berangkat ke tanah suci pada 20 Januari lepas untuk menunaikan umrah dan meminta orang ramai mendoakan urusan mereka di sana berjalan lancar.

Selain itu, difahamkan bahawa Aidil telah lama berkeinginan untuk membawa Fasha untuk tunaikan umrah, tetapi terhalang akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa pandemik yang lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain