suria

“Apa kami dapat buat 4 hari?” - Pelakon kecewa ‘Eva’ terima notis batal tayangan, impian ketengah isu kesihatan mental tak kesampaian

Filem EVA didakwa sudah dihentikan tayangannya di beberapa pawagam.

BAHARU empat hari ditayangkan di pawagam, filem Eva Take Me As I Am didakwa sudah pun dibatalkan tayangan dikebanyakan panggung wayang seluruh Malaysia sejak 30 Januari 2023.

Pelakon filem berkenaan, Shamsul Danish, 16, meluahkan rasa kesal dengan tindakan tersebut kerana menyifatkan tempoh empat hari adalah terlalu singkat.

"Kami sangat terkilan selepas empat hari filem Eva ditayangkan, kami dimaklumkan pihak panggung akan membatalkan tayangan di kebanyakan panggung di seluruh Malaysia.

"Apa yang kami dapat buat dalam empat hari tayangan? Orang ramai baru mula nak pergi tengok dah kena tarik balik tayangan," katanya.

eva2 - 1

Sidang media tayangan filem EVA.

Dalam pada itu, Shamsul juga meluahkan rasa kecewa kerana filem tersebut tidak ditayangkan di kawasan berpotensi seperti di Seremban dan di sebuah panggung di Bandar Sunway, Petaling Jaya.

Kata Shamsul, peminat sudah mula memberikan respons positif dan para pelakon juga sedang giat mempromosikan filem tersebut namun hasil karya mereka seperti tidak dihargai.

"Penonton baharu sahaja mula memberikan respon bagi filem ini dan kami juga giat jalankan promosi membawa naskhah Eva untuk mendidik melalui hiburan.

ARTIKEL BERKAITAN: "Jangan hanya pandang seksi sahaja"... Kerap terima tawaran watak penggoda, Nadia Brian teringin cuba pelbagai karakter

ARTIKEL BERKAITAN: Penerbit jawab dakwaan adegan lucah dalam ‘Pulau’, mahu promosi keindahan pantai dan masyarakat majmuk Malaysia

"Itu belum isu panggung tak nak beri kami lokasi yang ramai penonton berpotensi. Kami tak minta banyak, bagi masa utk Eva ini ditonton," ujarnya.

Sementara itu, Shamsul juga memberitahu dia sudah membuat aduan kepada Setiausaha Sulit Menteri Komunikasi dan Digital untuk tindakan selanjutnya.

Apa yang kami dapat buat dalam 4 hari tayangan? Orang ramai baru mula nak pegi tengok dah kena tarik balik tayangan.

SHAMSUL DANISH

PELAKON

Pendatang baharu ini turut mengharapkan filem yang mengangkat tentang gangguan kesihatan mental itu dapat memberi peluang kepada penonton memahami isu tersebut.

"Saya telah emel juga isu ini kepada setiausaha sulit Menteri Komunikasi dan Digital dan harapnya ada jawapan dan tindakan yang dibuat. Tolong beri kami masa.

"Saya juga berharap dengan watak Miqal ini dapat membuka mata masyarakat daripada perspektif seorang anak yang mempunyai seorang ibu yang mengalami gangguan kesihatan mental.

eva1 - 1

Shamsul kesal dengan tindakan panggung wayang.

"Semoga mesej ini sampai kepada masyarakat dan secara tidak langsung memberi semangat kepada mereka yang mengalami masalah ini dalam kehidupan," katanya.

Untuk info, Eva merupakan sebuah filem arahan Suhaiza Aziz yang sudah ditayangkan di pawagam bermula 26 Januari 2023.

Selain Shamsul, filem Eva turut dibintangi barisan pelakon popular termasuk Nadia Brian, Nadia Aqilah, Hasnul Rahmat, Jay Iswazir dan Mustaqim Bahadon.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain