suria

Dituduh terima upah pakai baju PN, Aeril Zafrel tak boleh lagi berdiam… Siap sedia saman kaki fitnah!

Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dituduh terima bayaran dari sebuah parti politik.

GARA-GARA memakai baju Perikatan Nasional (PN) untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November tahun lalu, pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dituduh kononnya menerima bayaran bagi mempromosikan parti berkenaan.

Kata Aeril atau Suhairil Sunari, 35, fitnah tersebut masih berleluasa sehingga kini dan mencemarkan nama baiknya sebagai seorang individu dikenali.

Enggan lagi berdiam diri, Aeril dengan tegas meminta semua pihak menghentikan tuduhan tidak berasas itu.

315881843_687728469410848_7079020667629050355_n

Aeril minta hentikan tuduhan tidak berasas.

"Hentilah fitnah kami, penat dah nak terangkan. Yang fitnah ini daripada dulu sama saja. Tanamkan kebencian dulu, lepas itu baru minta maaf.

"Memanglah mudah melafazkan maaf, tapi kesan kepada kami itu sampai bila-bila. Tuduhan yang dilemparkan ini memang sah-sah aku boleh saman. Tapi malas nak panjangkan!" katanya.

Aeril menulis mengenai perkara itu menerusi laman Twitter pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sophia Albarakbah manja dan baik orangnya! Aeril Zafrel kata karakter buat lelaki mudah jatuh hati

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Wanita tidak dikenali cuba ‘pancing’ Aeril Zafrel guna mesej dan foto seksi, dipercayai taktik scammer ugut minta duit

Bersama status berkenaan, dia turut memuat naik beberapa ciapan tuduhan ditulis oleh netizen di laman berkenaan.

Sementara itu, Aeril berkata dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika fitnah itu terus berleluasa.

"Tapi kalau lepas ini fitnah ini masih berterusan macam ini. Aku memang dah bersedia peguam nak saman.

"Sementara proses mendapatkan alamat ip korang sedang dibuat. Apa kata kalau korang benar buatlah tuduhan atau fitnah pada saya dengan sejelasnya dan report polis serta SPRM," katanya lagi.

Tuduhan yang dilemparkan ini memang sah-sah aku boleh saman. Tapi malas nak panjangkan!

AERIL ZAFREL

PELAKON

Sebelum itu, seorang pengguna Twitter tampil membuat pemohonan maaf secara terbuka kepada Aeril dan isteri kerana telah membuat tuduhan tidak benar itu.

Pelakon drama Seindah Tujuh Warna Pelangi ini mengesahkan telah menerima pemohonan maaf tersebut.

Dalam pada itu, rata-rata netizen meminta agar aktor berkenaan mengambil tindakan bagi tujuan pengajaran kepada pihak lain yang berterusan menyebarkan fitnah berkenaan.

244391634_210041887742469_2420807218405958406_n

Peminat minta Aeril dan isteri ambil tindakan untuk pengajaran orang lain.

Dalam masa sama, peminat juga menasihati agar Aeril dan isteri tidak lagi terlibat dengan mana-mana badan politik.

"Saman saja tuan, gambar tuan dah dijadikan poster mereka. Tujuan saman adalah untuk pengajaran.

"Lepas ini jangan terlibat apa-apa lagi dengan politik, sebab tidak semua orang miliki pandangan yang sama," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain