suria

“Saya ikhlas” - Mas Idayu akhirnya buka mulut, puji vokal Sissy Imann dan Naim Daniel terbaik di pentas akhir Famili Duo

Naim dan Sissy memberikan persembahan terbaik pada peringkat akhir Famili Duo.

PENYANYI Mas Idayu akhirnya membuka mulut memberi komen terhadap persembahan duo Sissy Imann dan Naim Daniel di pentas akhir Famili Duo pada malam Ahad.

Mas atau Mas Idayu Mesnun, 51, memuji persembahan pertama pasangan sepupu itu menerusi lagu Sumpah bagi tema Anugerah Juara Lagu.

Kata Mas, Sissy dan Naim sebenarnya memiliki bakat dan suara yang baik, namun hanya pada minggu keenam mereka ada membuat kesilapan.

“Saya jenis kalau tak suka cakap tak suka. Bagi saya malam ini vokal mereka adalah yang terbaik daripada sepanjang persembahan mereka di Famili Duo.

Mas

Mas Idayu memuji persembahan Sissy dan Naim.

“Saya ikhlas ni. Daripada segi harmoni, vokal, nyanyian semua terbaik. Cuma hanya satu minggu yang mereka silap sampai mereka tidak sedar yang mereka sebenarnya terbaik.

“Keseluruhannya Mummy (panggilan Mas) sangat suka,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mas Idayu pernah marah Zaki dan Yamani, Jamal Abdillah tunjuk ‘thumbs up’

ARTIKEL BERKAITAN: Mas Idayu ‘membatu’ di kerusi juri, tak mahu komen... Lepas pujuk akhirnya ‘buka mulut’ - “Saya tak takut maki awak di pentas”

Sementara itu, Ajai hanya menegur persembahan mereka terganggu kerana hilang fokus dengan sorokan peminat.

“Dari minggu pertama hingga akhir kamu ada prinsip kamu iaitu konsep pementasan teater.

“Props kamu guna dengan betul. Cuma satu, bila kamu naik atas pentas, kamu sudah kena fokus betul-betul.

“Kamu dah tertinggal satu perkataan dalam nyanyian. Bila atas pentas, kamu kena fokus. Abaikan sorakan peminat kerana kamu kena fokus pada nyanyian,” ujarnya.

Untuk persembahan pertama ini, Mas memberikan mereka sebanyak 8 markah dan Ajai memberi 7 markah.

Terdahulu, Mas memilih untuk ‘membatu’ dan kelihatan seakan merajuk apabila juri tetap itu tidak mahu memberikan sebarang komen kepada persembahan Sissy dan Naim.

Meskipun hos Sean Lee meminta penyanyi dangdut itu mengulas mengenai persembahan mereka, namun Mas tidak langsung menghiraukannya.

Mas dilihat sedang sibuk menulis sesuatu di atas kertas tanpa memandang wajah Sissy dan Naim di atas pentas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain