suria

Zaki dan Yamani Abdillah juara Famili Duo musim kedua, bawa pulang hadiah wang tunai RM100,000

Zaki dan Yamani juara Famili Duo musim kedua.

DUO Zaki Yamani dan Yamani Abdillah membuat kejutan apabila muncul sebagai juara Famili Duo musim kedua yang berlangsung di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada malam Ahad.

Kemenangan itu sekali gus menewaskan tiga lagi peserta duo yang bertanding dan melayakkan adik-beradik berkenaan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai sebanyak RM100,000.

Menerusi peringkat akhir itu, Zaki dan Yamani juga merupakan anak kepada bintang legenda Datuk Jamal Abdillah menerusi lagu medley Pelukan Angkasa (SOG & Shila Amzah) dan Potret (Akim & The Majistret) pada pusingan pertama dan medley lagu Hutang (Floor88), Bunga (Altimet) dan Kau Pun Sama nyayian Syamel.

329249803_195600866392657_1288530488570563062_n

Persembahan dua beradik ini memikat hati juri.

Sementara itu, duo Ayda Jebat dan Fyna Jebat mendapat tempat kedua dan membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000.

Manakala, tempat ketiga pula milik Bella Astillah dan Wanie Kayrie yang menerima hadiah wang tunai sebanyak RM15,000.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya ikhlas” - Mas Idayu akhirnya buka mulut, puji vokal Sissy Imann dan Naim Daniel terbaik di pentas akhir Famili Duo

ARTIKEL BERKAITAN: Mas Idayu pernah marah Zaki dan Yamani, Jamal Abdillah tunjuk 'thumbs up'

Sissy Imann dan Naim Daniel bagaimanapun terpaksa berpuas hati dengan tempat keempat dan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Dalam pada itu, mengulas kemenangan tersebut, juri tetap iaitu Ajai menyifatkan duo adik-beradik ini seorang yang berani dalam membuat persembahan.

Menerusi persembahan pertama, Ajai memuji peningkatan Zaki dan Yamani yang dirasakan mempunyai perubahan besar sejak minggu pertama.

Kata Ajai, selain itu, kebolehan Yamani memainkan instrumen juga menjadi tambah nilai baginya untuk bergelar seorang penghibur.

"Masa minggu pertama tu awak menampilkan lagu balada. Peringkat akhir pun balada. Tapi perbezaan penghayatan lagu, awak jauh-jauh berbeza.

"Ada extra bila penyanyi boleh main instrument. Potensi untuk bergelar penghibur sangat tinggi," katanya.

Konsert akhir Famili Duo menampilkan dua segmen dengan tema Anugerah Juara Lagu dan lagu bebas.

Malam final itu turut dihiburkan dengan persembahan mantap daripada Nabila Razali dan Khai Bahar yang mempersembahkan lagu duet mereka Selagi Ku Ada.

Famili Duo musim kedua dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee. Ia turut disiarkan secara langsung di saluran TV3.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain