suria

Bagai terapung di atas awan, Aina Abdul pukau penonton dengan persembahan serba putih... Axiata Arena bergema sorakan peminat 

Busana digayakan Aina sekali lagi mendapat perhatian peminat.

SETIAP tahun kemunculan penyanyi Aina Abdul di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) sentiasa dinanti-nantikan peminat.

Bukan sahaja menanti kemantapan vokalnya ketika mengadakan persembahan tetapi ramai ingin melihat fesyen yang digayakan Aina yang sinonim dengan fesyen pelik.

Menerusi edisi AJL yang ke-37, Aina tampil dengan busana serba putih yang dipenuhi dengan ropol di bahagian belakang pakaiannya yang menggambarkan dirinya seperti awan rekaan Melindai Looi.

Malah set persembahannya juga menggunakan rona sama dengan latar pentas dipenuhi dengan awan yang sedondon dengan pakaiannya.

Menyampaikan lagu Terus Hidup, kemunculan Aina di pentas berprestij itu mendapat sorakan penonton di Arena Axiata, Bukit Jalil meskipun namanya belum diumumkan untuk mengadakan persembahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Berani betul! Ingatkan skrin rosak, rupanya Naim Daniel menyanyi sambil tergantung dan terbalik

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa pilih Alif Satar dan Aina Abdul juara AJL37, Siti Nurhaliza pula sokong Aina Abdul, Marsha dan Ernie vokal terbaik

Malah ketika siaran langsung itu berhenti untuk iklan, penonton tidak putus-putus menjerit nama Aina yang sudah bersedia di atas pentas.

Seperti jangkaan, kemantapan vokal Aina ketika menyanyikan lagu ciptaannya sendiri itu juga cukup memukau dan mendapat tepukan gemuruh penonton sejurus selepas selesai menyanyikan lagu tersebut.

Tidak hairan sejak awal lagi ramai meramal Aina sekali lagi bakal menggondol Anugerah Vokal Terbaik.

Fesyen Aina di AJL sebelum ini menjadi perhatian apabila dia berani tampil seolah-olah berdarah di pentas AJL34 ketika menyampaikan lagu Sumpah.

Tahun lalu dia tampil dengan fesyen berbunga ketika menyampaikan lagu Nafas Cinta.

Sementara itu dia juga menggungguli Anugerah Vokal Terbaik AJL36 menerusi lagu Sepi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain