suria

Berani betul! Ingatkan skrin rosak, rupanya Naim Daniel menyanyi sambil tergantung dan terbalik

Naim Daniel memukau penonton dengan persembahan secara tergantung.

MEMANG lain daripada yang lain!

Itu yang dapat disifatkan mengenai persembahan penyanyi Naim Daniel menerusi persembahan lagu Mainan di pentas Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) yang berlangsung pada malam Ahad.

Mana tidaknya, Naim berjaya membuat penonton di Axiata Arena, Bukit Jalil meremang apabila tampil menyanyi secara terbalik dan tergantung sepanjang persembahannya.

WhatsApp Image 2023-02-12 at 10.19.52 PM

Naim sering tampil kelainan menerusi persembahannya.

Memakai pakaian serba putih, Naim turut memberikan persembahan bertenaga ketika menyampaikan lagu ciptaan Firdaus Rahmat, Omar K dan Mas Dewanga itu.

Lirik lagu tersebut pula ditulis oleh Arisz Ab Rahman.

ARTIKEL BERKAITAN: “Keluarga suruh kahwin” - Tom dan Fuad Rahman mahu elak fitnah, dijangka nikah sebelum Ramadan

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya tumbang juga... Puteri Sarah masuk hospital sejurus pulang dari Dubai, tahan sakit 17 jam dalam penerbangan

Untuk rekod, ini merupakan kemunculan ketiga Naim di pentas AJL selepas kali pertama berentap menerusi lagu Sumpah pada AJL34 pada 2020.

Ketika itu, Naim tampil berdiri di atas sebiji bola bersaiz agam seperti bumi pada persembahan berkenaan.

Manakala pada AJL36, Naim memberi kelainan dengan duduk di atas katil seperti seorang pesakit jiwa yang juga terapung di udara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain