suria

“Minta maaf apa? Jom jumpa” - Berang isteri kena kutuk, Hafidz Roshdi ajak bersemuka

Hafidz membalas komen netizen yang berkata buruk tentang isterinya.

PELAKON Hafidz Roshdi bengang terhadap seorang pengguna media sosial yang memberi komen biadab terhadap isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Hafidz, 29, turut memuat naik gambar individu berkenaan dan meminta orang ramai untuk menjejakinya bagi membolehkan dia bersemuka dengannya.

"Sebelum ida private muka minta penyepak ni, korang tolong cari kawan-kawan dia, sila DM (direct message)," tulis Hafidz.

Hafidz 4

Komen negatif mengutuk isteri yang membuatkan Hafidz marah.

Hafidz meluahkan rasa tidak puas hati terhadap remaja lelaki itu ekoran dia mempersendakan wajah isteri Hafidz pada ruangan komen dalam satu hantaran dimuat naik sebuah portal.

Pelakon itu turut dilihat meninggalkan komen emoji marah di media sosial invidiu berkenaan.

Pemuda itu kemudiannya mengambil tindakan memadam komen tersebut dan turut menghantar mesej kepada Hafidz dan memohon maaf atas kesilapannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi pelik kena ‘serang’ isu curang, rupanya ada sebab padam foto isteri di IG

ARTIKEL BERKAITAN: Gosip curang fitnah, Hafidz Roshdi muat naik foto berpeluk dengan isteri

Hafidz bagaimanapun seakan-akan sukar menerima permohonan maaf tersebut dan meminta mereka bersemuka.

"Minta maaf apa? Jom jumpa," balasnya.

Baru-baru ini kisah rumah tangga Hafidz pernah menjadi bualan ramai apabila dia dituduh bersikap curang dan mempunyai hubungan dengan wanita lain.

hafidz roshdi 2

Hafidz bahagia bersama isteri.

Tampil menafikan perkara tersebut, Hafidz dalam temu bual bersama mStar sebelum ini memberitahu berasa pelik namanya dipetik sedangkan perkahwinannya dengan isteri bahagia.

Untuk rekod, Hafidz melangsungkan perkahwinan dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah dan Umar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain