suria

Tak boleh senang-senang buka mulut, Nad Zainal tunggu Ungku Ismail… Selesa duduk sebelah suami jawab soalan di media sosial

Nad akan bersama suami menjelaskan pelbagai perkara tentang mereka.

PELAKON Nad Zainal enggan ditemu bual pihak media bagi menjawab beberapa persoalan termasuk pernikahannya dengan aktor Ungku Ismail kerana tidak mendapat keizinan suami memberi sebarang kenyataan.

Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 33, sebaliknya berkata, dia akan tampil bersama Ungku Ismail menerusi sebuah video yang akan dimuat naik di media sosial dalam tempoh terdekat.

"Saya akan jawab segala persoalan dan akan memberi pencerahan kepada rakan media. Ada perkara yang saya tidak boleh kongsikan.

"Dalam video itu nanti, saya dan suami akan jelaskan. Kalau boleh sebarang kenyataan saya mahu lalukan bersama suami.

nad 3

Pasangan ini berkahwin pada 23 Januari lalu.

"Sekiranya dia (Ungku Ismail) tiada, saya tidak mahu bercakap. Kami sudah pun membuat perjanjian untuk menjelaskan segala persoalan bersama-sama," katanya kepada mStar.

Nad berkongsi perkara itu ketika ditemui di lokasi penggambaran drama Mendarat Ke Syurga yang diadakan di Petaling Jaya pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Berpakaian serba putih sambil berpegangan tangan di masjid, Nad Zainal dan Ungku Ismail dihujani ucapan tahniah

ARTIKEL BERKAITAN: Tolong jawab pelbagai spekulasi sepanjang di ICU... Nad Zainal hargai sokongan Ungku Ismail

Dalam pada itu, ditanya mengapa memilih untuk memberi kenyataan menggunakan media sosial, Nad tetap dengan pendirian asal untuk tidak menjawab sebarang pertanyaan.

"Tiada komen untuk masa ini," katanya ringkas.

Untuk rekod, Nad mendirikan rumah tangga dengan Ungku Ismail Ungku Aziz, 38, pada 23 Januari lalu sebelum berkongsi mengenai khabar gembira itu secara umum enam hari kemudian.

Sebelum ini, Nad pernah berkahwin dengan Muhammad Faliq Amirullah pada 2015 namun pasangan itu bercerai pada 2022.

Perkahwinan itu turut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain