PERKONGSIAN terbaharu pelakon Fatin Afeefa di aplikasi TikTok seakan-akan memberi bayangan pernah melalui pengalaman pahit hidup bersama seseorang hingga terpaksa berkorban menanggung keluarga. Berkongsi luahannya itu, Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 29, mendedahkan dia sudah penat menanggung biawak hidup dan tidak mahu lagi melalui hubungan menyakitkan itu. "Saya dah penat la tanggung biawak hidup, biarlah biawak pula tanggung saya. Saya je asyik tanggung biawak hidup. Fatin Afeefa dedah pernah bela biawak hidup. "Dulu saya dah dengar cakap korang, saya dah dengar dah. Kita ni kahwin jangan ingat lelaki kaya ni, saya dah dengar cakap korang," katanya. Fatin mendedahkan perkara itu menerusi siaran langsung di TikTok miliknya pada Isnin. Tambah Fatin, dia bersyukur suami baharunya iaitu Aliff Awang menjaga keperluannya sebagai seorang isteri. ARTIKEL BERKAITAN: “Over! Macam budak-budak” - Netizen selar tindakan suami Fatin Afeefa perli Adam Shahz di mahkamah ARTIKEL BERKAITAN: [V] Gagal capai kata sepakat dengan Fatin Afeefa, Adam Shahz tetap lawan tuntut hak penjagaan anak - “Saya sendiri tak tahu dia dekat mana sekarang” "Saya bela biawak, sekarang ni saya nak biawak yang bela saya. Biar je dia. Nanti korang fahamlah, mencintai biawak tak akan boleh beri makan kepada anak-anak dan anda. Tapi suami saya baik saja," katanya lagi. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan Fatin dan berpendapat seorang suami perlu menjaga kebajikan isterinya. Malah netizen juga terhibur apabila Fatin turut menggelar suaminya sebagai seekor biawak. "Saya bela biawak, sekarang ni saya nak biawak yang bela saya. FATIN AFEEFA PELAKON "Lepas geram nampak, kita perempuan nak dinafkahi bukan kita yang bagi nafkah. "Yang pernah bela biawak saja tahu rasa sakitnya macam mana. "Selamba dia biawakkan suami dia. Biawak dia sekarang pun kaya boleh jaga dia," antara komen netizen. Fatin Afeefa bersama suami Aliff Awang. Untuk rekod, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercerai pada 30 Mei 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata aitu Ivy Herra Sophia. Pada 30 Disember lalu, Fatin membuat kejutan kepada peminat apabila melangsungkan perkahwinan dengan Aliff dalam sebuah acara tertutup. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!