suria

[V] Hampir cari penyanyi ganti, Shiha Zikir alami batuk berdarah sebelum AJL37… Ada individu mengaku pernah hantar ‘sesuatu’

PENYANYI Shiha Zikir memberitahu dia berdepan ujian beberapa hari sebelum berlangsungnya Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) pada malam Ahad.

Kata Shiha, 36, dia mengalami batuk teruk sehingga membuatkan dia terfikir untuk mencari pengganti bagi menyanyikan lagu Irama itu.

Bagaimanapun, cabaran itu berjaya diatasi apabila dia menerima rawatan daripada doktor yang membantunya untuk segera pulih buat sementara waktu.

"Shiha rasa AJL kali ini banyak cabaran buat saya... hari ini saya boleh bercakap selepas doktor bagi ubat yang kuat, saya minta tolong dekat doktor agar saya ada suara sampai hari Ahad sahaja.

Shiha akui AJL37 agak mencabar dirinya.

"Masa persembahan tadi pun saya ada nak hampir batuk sebab pentas penuh asap dan perlu tunggu lama. Saya macam... alamak dah kering tekak macam mana ini.

"Disebabkan saya batuk berdarah dengan tak boleh tidur. Saya sampai fikir nak cari orang untuk ganti saya bawa lagu rancak ini," katanya kepada mStar.

Shiha berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas diumumkan menjadi pemenang Anugerah Persembahan Terbaik di Arena Axiata, Bukit Jalil pada malam Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul sanggup berhabis RM85,000 demi AJL37, ada kisah menyayat hati di sebalik ‘awan putih’

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Terus Hidup’ juara AJL37, Aina Abdul turut bawa pulang trofi Vokal Terbaik

Mengulas lanjut mengenai keadaannya itu, doktor yang merawatnya memberitahu keadaanya tidak seteruk seperti dikatakan sekali gus tidak menolak sekiranya ada pihak cuba menghantar 'sesuatu'.

Tambah Shiha, ini bukan kali pertama malah sebelum ini juga ada pihak yang mengaku menghantar 'sesuatu' dan meminta maaf kepadanya.

"Saya sebenarnya nak positif sahaja tapi dah tiga tahun saya masuk (AJL), semuanya saya berdepan. Tapi mungkin sekarang ini musim batuk saya pula sibuk dengan penggambaran.

"Apabila balik mula demam panas dan batuk. Saya jumpa doktor pakar untuk masukkan kamera dalam tekak dan hidung tapi semuanya baik sahaja... mungkin sebab gastrik kot.

Ada juga yang datang minta maaf sebab hantar sesuatu kerana disuruh seseorang.

SHIHA ZIKIR

PENYANYI

"Saya percaya pada yang satu sahaja, kalau Tuhan kata nak jadi maka jadilah. Tak adalah nak pakai pendinding ke apa. Saya dah banyak kali kena, ada yang sampai perut membuncit tapi tak ada nak kongsi apa-apa dekat Instagram. Ada juga yang datang minta maaf sebab hantar sesuatu kerana disuruh seseorang. Saya tahu siapa yang menghantar," katanya lagi.

Sementara itu, Shiha berkata dia sangat berpuas hati apabila berhabis lebih RM100,000 dengan menampilkan tema unik dengan elemen limpahan cahaya laser dan warna-warna neon.

"Syukur Alhamdlillah berbaloi, untuk AJL saya tak rasa lokek dengan kos lebih RM100,000 untuk penggunaan lapan lampu leser dan baju... sangat berbaloi," kongsinya.

photo1676056892

Shiha raih Persembahan Terbaik di AJL37.

Dalam pada itu, Shiha berkata dia percaya pada rezeki kali ini berpihak kepadanya, meskipun ramai berpendapat persembahan Naim Daniel lebih layak memenangi kategori berkenaan.

"Bukan sahaja Naim Daniel tapi semua yang bertanding mahu beri terbaik. Untuk Naim Daniel saya juga kagum melihat dia menyanyi terbalik. Gila hebat! Jadi bila orang cakap macam itu saya tak marah dan kalau saya berada di tempat mereka pun saya akan cakap perkara yang sama. Sebab itu fikiran masing-masing.

"Cuma setiap kali pertandingan saya masuk saya sangat 100 peratus percaya pada juri yang telah dilantik sebab mereka profesional. Hanya dia orang sahaja yang tahu tentang permarkahan dan undian persembahan terbaik.

"Itu soal rezeki, peminat yang pintar akan terima apa sahaja," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain