SELEPAS kejayaan lagu Swipe, penyanyi Alyph mempertaruhkan pula single terbaharu berjudul Check hasil ciptaannya sendiri. Menariknya mengenai lagu tersebut, Alyph atau Muhammad Aliff Abdullah, 34, berkata, ia sudah dihasilkan sebelum Swipe yang mencipta fenomena dalam kalangan pendengar dalam dan luar negara. Alyph berkata, menerusi lagu baharu itu dia ingin mengingatkan orang ramai untuk sentiasa 'check' atau menyemak pada diri sendiri. "Lagu Check ini sebenarnya saya sudah gubah dan tulis liriknya lebih lama sebelum Swipe. Alyph mahu meneruskan momentum lagu Swipe. "Menerusi lagu ini, saya mahu mengingatkan pendengar untuk sentiasa menyemak diri sendiri dan untuk melaksanakannya bukanlah dengan menetapkan segalanya di dalam kepala. "Tetapi anda juga harus memastikan persekitaran, tenanga dan orang di sekeliling agar dapat sama-sama searah dan sependapat," katanya menerusi kenyataan kepada mStar. Dalam pada itu, penyanyi kelahiran Singapura ini memberitahu ketika ini sedang bekerja keras untuk menyiapkan sebanyak lagu pada 2023. ARTIKEL BERKAITAN: 'Swipe' cetus fenomena, lagu baharu Alyph mungkin ada Vida lagi ARTIKEL BERKAITAN: Ikut trend lagu 'Swipe' punya fasal, Elyana terima komen sarkastik netizen Ini kerana kata Alyph, tahun ini adalah paling terbaik untuk memperluaskan fenomena yang dicipta menerusi lagu Swipe. "Saya kini sedang bekerja keras untuk menyiapkan sebanyak lagu dengan setiap peluang yang ada. Tahun 2023 adalah tahun terbaik untuk memperluaskan fenomen yang dicipta melalui Swipe. "Saya juga sedang menyiapkan sebuah album yang akan menampilkan lagu-lagu yang mudah dinikmati namun tetap mempunyai maksud mendalam tentang erti kehidupan," ujarnya. Check kini boleh distrim di semua platform digital dan video muzik lagu tersebut juga boleh ditonton menerusi saluran YouTube. Untuk rekod, Swipe berjaya menerima sebanyak tujuh juta tontonan di YouTube selain lima juta penstriman di Spotify. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube