suria

Raysha Rizrose sudah bertunang dengan pelumba F3 Disember lalu, kahwin dalam masa terdekat... “Kata orang tak elok kecoh-kecoh”

Rasya selamat mengikat tali pertunangan pada Disember lalu.

PELAKON Raysha Rizrose mengumumkan dia sudah mengikat tali pertunangan dengan pelumba kereta Formula 3, Nabil Jeffri pada 22 Disember tahun lalu.

Berkongsi mengenai perkara itu, Raysha atau Farza Nurrquraisha, 27, berkata majlis pertunangan berkenaan telah diadakan secara tertutup dihadiri oleh keluarga terdekat di Tropicana Golf & Country, Petaling Jaya, Selangor.

"Alhamdulillah. Pertunangan ini adalah sebagai tanda satu langkah ke fasa seterusnya. Kami pun sudah lama berkawan.

raysha 2

Ibu Nabil menyarungkan cincin pertunangan ke jari Raysha.

"Pada majlis tersebut, family Nabil datang merisik dan kami bertunang," katanya ketika dihubungi mStar.

Raysha sebelum ini berkongsi beberapa keping gambar majlis pertunangan tersebut di laman Instagram miliknya pada Selasa.

Lewat mengumumkan berita gembira itu, Raysha berkata dia sebolehnya tidak mahu pertunangan ini menjadi buah mulut orang sebelum mereka sah bergelar suami isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah putus 4 bulan dengan pelumba F3, Raysha Rizrose sudah sedia jadi isteri selepas 10 tahun bercinta

ARTIKEL BERKAITAN: Hafeez Mikail kini tunangan orang, minta bakal isteri bersedia ‘cabaran’ kahwin artis

"Kata orang kalau tunang tak elok nak kecoh-kecoh. Sebab itu saya lambat post gambar tersebut," jelasnya.

Tambah Raysha, dia dan Nabil kini sedang sibuk mempersiapkan diri menjelang hari bahagia mereka namun masih belum bersedia untuk mengumumkan tarikh sebenar.

InsyaAllah majlis pernikahan kami dalam masa terdekat. Sekarang tengah sibuk buat persiapan. Nanti saya akan umumkan

RAYSHA RIZROSE

PELAKON

Bercakap tentang persediaan bergelar isteri, Raysha berkata dalam usia sebegini sebagai seorang wanita seharusnya sedia untuk menggalas tanggungjawab tersebut.

"InsyaAllah majlis pernikahan kami dalam masa terdekat. Sekarang tengah sibuk buat persiapan. Nanti saya akan umumkan.

"Sekarang ini usia pun dah semakin meningkat. Tak rasa pun terlalu awal kahwin. Jadi dah memang sedia untuk bergelar isteri,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain