suria

Shiha Zikir bersedia jadi isteri tapi belum terdesak untuk kahwin... “Saya ikut saja bila masa sesuai”

Shiha menunggu masa sesuai untuk berkahwin.

PENYANYI Shiha Zikir tidak menolak jika ditakdirkan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Meskipun belum mempunyai perancangan ke arah itu, Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 36, berkata dia bersedia menamatkan zaman bujang memandangkan usianya semakin meningkat.

"Umur pun dah 36 tahun ini. Saya okey je kalau bila-bila nak berkahwin.

shiha 1

Shiha bimbang peminat bosan apabila sering ditanya soal kahwin.

"Saya ikut sahaja bila masa yang sesuai. Jodoh pun sudah ditentukan bila akan terjadi," katanya kepada mStar.

Shiha menjelaskan mengenai perkara itu susulan artikel sebuah portal yang melaporkan dia bakal berkahwin tahun ini.

Sering menerima soalan begitu, Shiha mengakui bimbang jika peminat mula bosan apabila soal peribadi lebih menjadi perhatian.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hampir cari penyanyi ganti, Shiha Zikir alami batuk berdarah sebelum AJL37... Ada individu mengaku pernah hantar ‘sesuatu’

ARTIKEL BERKAITAN: Terima anugerah ikon, Shiha Zikir tanya penganjur sebab pemilihannya... tak mahu dianggap syok sendiri

"Kalau orang tanya saya tentang kahwin, saya akan jawab. Segalanya ikut perancangan. Jika cepat dan dipermudahkan... Alhamdulillah.

"Saya juga tidaklah terdesak atau ada sesiapa yang mendesak untuk berkahwin.

Segalanya ikut perancangan. Jika cepat dan dipermudahkan... Alhamdulillah

SHIHA ZIKIR

PENYANYI

"Selalu sangat ditanyakan fasal ini dan jawapan saya masih sama. Takut juga nanti orang bosan," jelasnya.

Tidak akan berahsia mengenai perkahwinan, Shiha memberitahu dia pasti akan berkongsi detik bahagia tersebut apabila sudah tiba masanya.

shiha 3

Selain urusan peribadi, Shiha juga sibuk dengan jadual seni dan perniagaan.

"Tahun lalu saya sibuk dengan penggambaran filem terbitan syarikat sendiri. Awal tahun ini pula sibuk dengan Anugerah Juara Lagu. Jadi belum lagi nak berkahwin.

"Kalau sudah tiba masanya saya akan kongsi," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain