suria

Nampak macam sujud syukur tapi sebenarnya Adriana Adnan hanya bongkokkan badan... Reaksi spontan teruja bakal jumpa Park Seo Joon

Adriana teruja bakal bertemu Park Seo Joon.

PELAKON dan pengacara, Adriana Adnan menafikan tanggapan segelintir netizen kononnya dia melakukan sujud syukur sejurus dimaklumkan berpeluang bertemu dengan bintang Korea, Park Seo Joon.

Teruja kerana dipilih sebagai salah seorang peminat bertuah, Adriana, 28, berkata dia secara spontan membongkokkan badan dan aksinya itu dilihat seolah-olah seperti sedang sujud syukur.

"Sewaktu mendapat mesej daripada penganjur, saya begitu terkejut dan tak sangka dapat memenangi peraduan berkenaan.

adriana1 - 1

Adriana mengakui hanya teruja apabila mendapat perkhabaran baik itu.

"Apa yang saya lakukan itu merupakan tindakan spontan kerana terlalu teruja mendapat tahu akhirnya berpeluang bertemu dengan Park Seo Joon.

"Kalau kita buat sujud syukur, mesti dilakukan dengan bacaan doa. Tetapi, saya hanya membongkokkan badan kerana terlalu gembira dan sekadar reaksi spontan," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Adriana Adnan tak mahu terlalu terbuka kongsi kisah peribadi... Tidak tertekan diaju tentang anak

ARTIKEL BERKAITAN: Park Seo Joon dan Doyoung NCT beri sumbangan RM340,000 buat mangsa gempa bumi di Turkiye

Terdahulu, video Adriana terpilih untuk bertemu dengan aktor itu menjadi tular di media sosial.

Adriana menerima kecaman netizen kerana aksinya dilihat seolah-olah melakukan sujud syukur disebabkan berpeluang bertemu seorang pelakon Korea.

Difahamkan, Adriana bersama 300 pemenang peraduan anjuran Milo itu diberi peluang bertemu dengan pelakon drama Itaewon Class itu pada 25 Februari depan.

Sementara itu, aktres drama Aku Seorang Perempuan ini memberitahu dia meminati Seo Joon sejak tahun 2017 dan kerana itulah dia sanggup untuk menyertai peraduan yang dianjurkan.

ad1 - 1

Adriana meminati pelakon Korea itu sejak 2017.

"Saya bersyukur sangat sebab ini rezeki yang saya paling tak sangka. Saya beli Milo saja kot.

"Apabila masuk peraduan-peraduan macam ni peluang menang tu memang agak tipis. Jadi, bila saya diumumkan sebagai salah satu pemenang, mestilah saya gembira.

"Saya sendiri belum tahu apa-apa tentang event itu. Sama ada hanya duduk sahaja atau memang boleh berjumpa secara dekat. 18 Februari ini barulah saya diberikan info lengkap mengenai acara tersebut," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain