suria

Farisha Iris dapat sekuntum bunga ros, Niezam Zaidi malu-malu aksi ‘sweet’ dirakam

Niezam beri bunga kepada Farisha.

JIKA sebelum ini Farisha Iris menafikan spekulasi netizen kononnya dia sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon Niezam Zaidi, namun kali ini penyanyi berusia 24 tahun itu dilihat semakin terbuka berkongsi kemesraan di media sosial.

Menerusi hantaran terbaharu di TikTok, Farisha atau nama sebenar Farisha Asmadi memuat naik video Niezam memberikannya sekuntum bunga ros merah ketika mereka berdua berada di dalam sebuah kereta.

Niezam yang mengetahui aksinya sedang dirakam dilihat tersipu malu dan sempat berjenaka dengan penyanyi lagu Alasan Terindah itu.

farisha11 - 1

Peminat seakan merestui sekiranya Niezam dan Farisha bercinta.

"Eh, tak perlulah rakam, malulah dekat orang. Bunga tu tanam supaya nanti ia tumbuh banyak boleh jual balik.

"Ingat apa, ini ROI, return of investment (pulangan pelaburan)," kata Niezam.

Video yang dimuat naik di aplikasi TikTok pada Selasa itu menerima lebih 800,000 tontonan dan hampir 80,000 tanda suka.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dedah bekas kekasih bermula huruf N, Farisha Iris kata bukan Niezam Zaidi... "Saya main cakap je sebab nak jumpa Raisa"

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Niezam Zaidi ikut tabligh dalami agama, perbaiki diri selepas terlibat kes dadah

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat seakan 'merestui' hubungan pasangan selebriti ini.

Malah, ada yang mengharapkan agar mereka benar-benar menjalinkan hubungan cinta dan berakhir sebagai pasangan suami isteri.

"Ada nampak video Niezam cakap tengah kenal hati budi, kalau tak salah la. Tapi kalau dengan yang ni, saya lepaskan crush saya. Hehe love!

"Dah la saya kecewa, tapi saya merelakan.

"Suka tengok hubungan korang. Semoga kekal eh sampai ke jenjang pelamin dan sampai syurga tau," tulis netizen.

WhatsApp Image 2023-02-15 at 6.26.16 PM (1)

Antara komen yang ditinggalkan peminat.

Sebelum ini, Farisha pernah mendedahkan nama bekas kekasihnya yang bermula dengan huruf N di konsert Raisa pada November tahun lalu.

Netizen mula membuat spekulasi bahawa bekas kekasih yang dimaksudkan penyanyi itu adalah Niezam Zaidi.

Farisha bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan mengakui situasi tersebut berlaku secara spontan kerana terlalu teruja bertemu dengan penyanyi popular dari Indonesia itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain