suria

“Selepas bercerai saya meratapi nasib diri”... Fizi Ali terbuka hati untuk kahwin lagi, rakan bisnes jadi teman istimewa

Fizi sedia bergelar suami kepada Tiz.

PERNAH gagal dalam perkahwinan sebelum ini, penyampai radio Hot FM iaitu Fizi Ali tidak mahu melihat kisah silam itu sebagai sesuatu yang boleh menghalang dia untuk terus memikirkan mengenai masa depan.

Kata Fizi atau Mohd Fafizudin Alimudin, 36, dia kini memilih untuk bergerak ke hadapan dan sudah bersedia untuk kembali mendirikan rumah tangga.

fizi ali 1

Fizi akui selesa rapat dengan Tiz dan memulakan pernigaan bersama.

"Selepas bercerai, saya meratapi nasib sendiri sebab apa yang saya rancang untuk masa depan tidak menjadi. Saya rasa dunia sangat gelap. Kemudian ambil masa berfikir dan kembali bangkit.

"Saya sudah tidak takut dilambung ombak. Kalau kembali bertemu jodoh saya terima," katanya kepada mStar.

Berkongsi mengenai hubungannya dengan wanita dikenali sebagai Tiz, Fizi berkata dia mengenali usahawan itu sekitar enam bulan lalu.

Menurut Fizi, hubungan mereka menjadi akrab selepas bersama-sama menguruskan perniagaan menjual pakaian.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau ternampak itulah orangnya” - Fizi Ali sedang diulit bahagia, sudah berteman sejak 6 bulan lalu

ARTIKEL BERKAITAN: Fizi Ali rugi RM1,000 dua beg berisi coklat lesap... Tiba-tiba ada individu DM mengaku terambil di jeti Langkawi

"Dia adalah wanita yang paling rapat dengan saya sekarang. Kami pun sekarang banyak bercakap soal perniagaan sebab saya baru sahaja nak mula. Dia pula sebelum ini memang sudah ada perniagaan lain.

"Tentang perkahwinan, saya hanya follow the flow. Usia semakin meningkat dan saya tiada masalah nak kahwin tahun ini.

Orang ramai yang DM (direct messege) untuk kami segera berkahwin. Setiap kata-kata itu adalah doa dan saya ucapkan terima kasih

FIZI ALI

PENYAMPAI RADIO

"Apa yang penting ialah restu ibu bapa. Jika mereka terima, saya okey sahaja," jelasnya.

Dalam pada itu, Fizi bersyukur kerana wanita itu menerima baik statusnya sebagai duda anak seorang.

fizi ali 2

Anak Fizi juga menerima baik kehadiran Tiz.

"Tiz dah jumpa anak saya. Mereka mudah mesra dan boleh terima antara satu sama lain.

"Orang ramai yang DM (direct messege) untuk kami segera berkahwin. Setiap kata-kata itu adalah doa dan saya ucapkan terima kasih,” jelasnya.

Untuk rekod, Fizi sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018 namun mengumumkan penceraian pada Disember 2021.

Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Nur Ameena Sofia berusia tiga tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain